Monday 29 May 2017

Mengapa Saya Ikut Warisan? ujar Crispin Datuk Kitingan

Mengapa saya ikut Warisan dan bukan STAR, PBS?

ujar Crispin Datuk Kitingan

Crispin Kitingan di Kg Salimpodon, Pitas
SALIMPODON (Pitas): Saya ada dua abang yang aktif dalam politik dan semua orang tahu itu.
“Dulu ramai orang Tanya, kenapa saya tidak ceburi politik. Saya jawab, cukuplah dengan dua abang saya,” kata Crispin Datuk Kitingan ketika menyertai rombongan Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, YB Darell Leiking menemui penyokong di Kg Salimpodon, Pitas baru-baru ini.
Crispin pesara pegawai kanan pengurusan tertinggi Safoda menjelaskan, sekarang saya melibatkan diri dalam politik kerana terpanggil untuk turut sama memperjuangkan kehendak rakyat.
Saya tidak menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan abang saya (Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan) kerana parti itu kini sudah tersasar jauh dari landasan asal perjuangannya.
Sekarang PBS tidak berkuasa lagi dan keberadaannya dalam kerajaan hanya pelengkap korum kepada Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno.
Saya juga tidak menyertai STAR pimpinan abang saya yang seorang lagi (Datuk Dr Jeffrey Kitingan) kerana Gabungan Sabah yang dipimpinnya berdiri di atas platform yang rapuh.
“Gabungan Sabah tidak berkemampuan menghalau Umno-BN dari Sabah,” kata Crispin.
Crispin yakin Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dianggotainya kini di bawah pimpinan Presiden YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mampu memperjuangkan kehendak rakyat keseluruhan dengan adil dan saksama.

Crispin Kitingan menyerahkan borang keahlian Warisan kepada Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal




No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...