Tuesday 4 July 2017

Penduduk Pitas berpuasa dan beraya tanpa air bersih

Pitas hadapi masalah bekalan air sejak bertahun lama


PITAS: Kerajaan Negeri Sabah perlu mempercepatkan langkah menentukan status Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) samada kekal sebagai jabatan atau diswastakan
ZININ ANDONG

kerana inilah pokok masalah bekalan air di sini tidak pernah selesai sejak sekian lama.
Penyelaras Parti Warisan Sabah DUN Pitas, Mohd. Zinin Andong Ajak berkata pihaknya difahamkan, ekoran keputusan yang belum menentu, JANS menghadapi kekurangan tenaga manusia dan kewangan untuk membayar tuntutan kontraktor.
“Paling teruk masalah ketiadaan bekalan air bersih berlaku sepanjang bulan puasa sehingga Hari Raya Aidilfitri dan berlanjutan sehingga kini. Penduduk bergantung air mineral untuk memasak, minum dan membersihkan diri secara ala kadar,” kata Zinin.
Zinin menyatakan pihaknya menyedari ada usaha pihak berwajib peringkat kawasan dan kementerian namun masalah tidak juga dapat diselesaikan kerana kekurangan sumber tenaga manusia dan peruntukan kewangan yang tidak mencukupi.
Menurut Zinin, ketika status JANS belum pasti, masalah ketiadaan air bersih terus berlaku dan menjejaskan pelbagai sektor seperti masjid, cuci kereta, restoran, dobi, kenduri dan kegiatan harian penduduk.
Zinin ... Penyelaras Warisan Pitas
“Saya tidak berniat menyalahkan kakitangan Jabatan Air Pitas namun terpanggil membuat kenyataan untuk menyuarakan rintihan pelbagai pihak yang disalurkan kepada kami,” katanya.
Zinin menyatakan pihaknya menerima maklumat tentang masalah yang berlaku disebabkan kerosakan generator pengepam loji air, tapi pada waktu yang sama wujud pengepam menggunakan bekalan tenaga SESB tapi tidak digunakan sejak bertahun-tahun.
Difahamkan pada masa ini, kontraktor penyelenggara pengepam air sudah menghentikan kerja-kerja mereka disebabkan belum menerima bayaran tuntutan dari JANS.
Zinin menjelaskan masalah bekalan air di Pitas sudah bertahun lamanya dan kian rumit, selain bekalan air tidak terawat, turut berlaku tekanan air rendah dan notis penutupan bekalan yang tidak sampai kepada pengguna.
Menurut Zinin, ketiadaan bekalan air bersih di sini merupakan satu ironi kerana Pitas merupakan sebuah daerah yang dikelilingi aliran Sungai Bengkoka.
Di samping itu, Pitas juga merupakan kawasan yang kaya dengan sumber air serta kawasan tadahan hujan.
LOJI penapis air tidak berfungsi. - Gambar hiasan
“Kesabaran pengguna sebenarnya sudah bertahun tapi penyelesaian yang dinanti-nantikan belum menampakkan harapan.
“Kalaulah masalah asas seperti ini pun pemimpin serta jabatan berwajib tidak mampu menyelesaikan, maka kami seluruh penduduk Pitas mendoakan agar penyelesaian dapat dicapai termasuk menggantikan kepimpinan kerajaan kepada pemimpin yang lebih mampu,” kata Zini.

PENDUDUK menerima bekalan air tidak terawat dari loji penapis.

No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...