Sunday 2 July 2017

Warisan mansuh geran komunal, bangun kilang di Pensiangan

Rakyat bakal miliki tanah atas nama sendiri, peluang pekerjaan diwujud di Pensiangan

 
Peter ketika sampai di Kg Bonor, Sook
SOOK: Kehidupan penduduk kawasan Pensiangan bakal berubah dengan pemansuhan geran komunal dan pembinaan kilang berasaskan sawit selepas Parti Warisan Sabah memperoleh mandat PRU14.
Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony berkata sejak awal penubuhan parti itu yang diperkukuhkan lagi dalam ucapan Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Jelajah Kauraan, Keningau, kepentingan rakyat Pensiangan telah disentuh secara khusus.
“Geran komunal akan dihapuskan dan penduduk boleh memohon tanah atas
AHUAR RASAM
nama individu. Kilang pengeluar minyak masak berasaskan kelapa sawit bakal didirikan di kawasan Pensiangan,” kata Peter.
Peter yang juga Presiden KDM Malaysia berkata demikian ketika merasmikan Majlis Jasa Mu Dikenang dan Penyampaian Watikah Pelantikan Tadika Cahaya Hati, Kg Bonor di sini.
Peter menjelaskan, pemansuhan geran komunal bertujuan memberi penduduk hak milik tanah bagi membolehkan tanah itu diusahakan secara komersial lalu diwariskan kepada keturunan keluarga pemilik tanah berkenaan.
“Pembinaan kilang bahan siap seperti minyak masak adalah sejajar dengan agenda Warisan memindahkan teknologi pemprosesan bahan sawit ke Sabah di mana ketika ini kilang-kilang seumpama itu hanya terdapat di Malaya,” kata Peter.
Peter menegaskan, pengoperasian kilang seumpama itu bakal membuka ruang pekerjaan kepada penduduk setempat, pada waktu yang sama membolehkan mereka menetap di daerah asal tanpa perlu merantau jauh ke Malaya atau negara lain.
Ketibaan Peter disambut penduduk Kg Bonor dengan paluan gong Murut
Menurut Peter, pembinaan kilang di Pensiangan adalah berdasarkan bekalan sawit mentah di kawasan itu yang mencukupi ditambah bekalan dari Tenom, Keningau dan Tambunan, sementara bekalan tenaga buruh pula tersedia.
Mengenai Tadika Cahaya Hati, Peter memaklumkan bahawa komitmen kerajaan membantu meningkatkan pencapaian tadika persendirian di kawasan luar bandar sudah termasuk dalam agenda Parti Warisan melalui manifesto pengujudan Kementerian Pelajaran Sabah.
Kata Peter, melalui kementerian itu, tadika persendirian di luar bandar bakal menerima insentif pengurusan, pelatihan guru-guru, pengenalan pembelajaran bahasa ibunda dan penerbitan buku.
Turut hadir Ketua Penyelaras Warisan Pensiangan, Ahuar Rasam, Martin Tommy (Sook) dan Pendeta Dinili Rauseh.

Sebahagian hadirin di Dewan Kg Bonor, Sook
Antara persembahan murid-murid Tadika Cahaya Hati Kg Bonor, Sook





No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...