Wednesday 2 August 2017

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)?

JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan

Saya menggesa Menteri Pelajaran dari Sabah Datuk Mary Yap supaya menjelaskan sama ada benar 
Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau hendak dijadikan kolej vokasioanl manakala IPG Tawau jadi Politeknik.

"Walaupun BN telah mencuba sedaya upaya untuk meniru manifesto Warisan untuk menubuhkan sekolah-sekolah vokasional, seperti yang diumumkan Presiden Dato Seri Shafie Apdal dalam beberapa Siri Jelajah Warisan berulangkali, namun untuk mendirikan sekolah vokasional dengan mengorbankan Institut Pendidikan Guru di Sabah adalah idea yang tidak baik. Junz berkata.

Jika ingin meniru langkah kami, sila lakukan dengan cara yang betul.

Warisan akan mengekalkan IPG yang sedia ada dan akan menubuhkan sekolah vokasional & fakulti-fakulti untuk melatih rakyat Sabah sebagai pekerja mahir.

Malah Warisan akan menubuhkan lebih banyak Institut Pendidikan Guru di Sabah untuk melatih warga Sabah yang bersemangat tinggi sebagai guru berkualiti.

Sandakan pastinya memerlukan IPG untuk melatih orang Sandakan sebagai guru.

Saya meragui bahawa adanya keperluan untuk satu lagi kolej vokasional di Keningau dan politeknik di Tawau.

Kenapa tukarkan IPG kepada kolej apabila sudah tersedia sebuah sekolah teknik di Keningau?

Kita sudah mempunyai banyak sekolah latihan vokasional dan politeknik di Sabah.

Sebagai contoh:
Giatmara - sekolah latihan yang mempunyai banyak cawangan di Sabah yang diuruskan oleh GLC dan kos ditanggung oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

ILP di Sepanggar di bawah Pengajian Tinggi Persekutuan.

Sekolah latihan MySkill di bawah swasta.

Politeknik di Sepanggar di bawah Kementerian Pendidikan.

Sekolah teknikal di Keningau di bawah Kementerian Pengajian Tinggi

Jadi kenapa Kementerian Pendidikan tidak bekerjasama dengan Kerajaan Sabah untuk menaik taraf semua vokasional / politeknik ini?

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, perbetulkan saya sekiranya silap, bahawa hanya IPG di Sabah sahaja yang ditutup di seluruh Malaysia.

Saya mahu Mary Yap mengesahkan atau menafikan ini.

Adakah ini bermakna BN telah memutuskan untuk tidak melatih lebih banyak guru dari Sabah? Atau saya tidak dapat memahami mengapa dasar yang berat sebelah ini dilaksanakan?

Kerajaan Warisan Sabah akan memberi keutamaan untuk menaik taraf IPG dengan lebih banyak peruntukan dan belanjawan untuk menghasilkan guru-guru berkualiti tinggi yang mana Sabah mempunyai kekurangan dan juga menyediakan fakulti dan kemudahan sebagai tempat tinggal kakitangan dan pensyarah.

Kerajaan Sabah mesti mendesak supaya IPG di Sabah dikekalkan untuk terus melatih warga Sabah sebagai guru bagi menggantikan 14,000 guru dari Semenanjung yang mengajar di Sabah dalam masa terdekat.

Junz Wong
Naib Presiden Parti Warisan Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri Likas

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...