Warisan hadapi Umno-BN dari pengalaman Usno, Berjaya, PBS
PENEGASAN
Datuk Mohd Nor Mansor selaku Pengerusi Gabungan Parti
Pembangkang Sabah (USA) mengenai
kesepakatan yang sudah dicapai empat parti gabungan itu merupakan satu
pengukuhan bahawa parti-parti itu akan mengulangi mekanisme politik yang mereka
lalui pada PRU13.
MUDI DUBING |
Dalam
kenyataan terbaru, Mohd Nor menyatakan pihaknya sudah mencapai 80 peratus persetujuan
dalam pengagihan kerusi di kalangan Star pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan,
SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee, Parti Harapan Sabah (Harapan) pimpinan Datuk
Seri Lajim Ukin dan PPRS pimpinan Datu Mohd Arshad Abdul Mualap.
Sambil
mengeluh, Mohd Nor menyifatkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk
Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai tidak ikhlas dalam usaha bekerjasama dengan sesama
parti pembangkang di Sabah.
Bagaimanapun
keluhan bernada mempersalahkan Shafie pada hakikatnya merupakan satu pengukuhan
terhadap serangan demi serangan Jeffrey ke atas Warisan sebelum ini.
Bekas
anggota USA, Parti Cinta Sabah (PCS) pimpinan Datuk Seri Wilfred Mojilip
Bumburing kini menyepi diri selepas meninggalkan gabungan itu berikutan krisis ‘mendahulukan
kepentingan sendiri’ Jeffrey dan Lajim dalam isu MA63, Perkara 20 dan Ketua
Pembangkang DUN Sabah.
Dalam
suasana menyepi, PCS kelihatan bergerak menstrukturkan diri di samping membuka
diri bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain.
PCS
tidak memburukkan mantan rakan-rakan gabungannya dan tidak juga ‘mengata’ pendirian
dan pergerakan Warisan.
Shafie
dan Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking sejak mula telah membuka ruang
kerjasama dengan parti-parti pembangkang lain dengan syarat parti itu
benar-benar bertujuan mahu mewujudkan kerajaan baharu menumbangkang Umno-BN.
Parti
Warisan seperti yang sering disentuh Shafie, telah belajar daripada beberapa
pilihan raya DUN Sabah yang telah mengakibatkan kejatuhan kerajaan.
Shafie
sering mengambil contoh kekalahan Usno kepada Parti Berjaya (1976-85) adalah
kerana sokongan pelbagai kaum; bumiputera Islam, bukan Islam dan Cina. Demikian
juga dengan kemenangan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke atas Berjaya (1985-94)
hasil gabungan perolehan kerusi Usno.
Berdasarkan
peristiwa yang dilalui ketua-ketua parti gabungan USA, wujud keraguan adakah
Jeffrey, Yong dan Lajim benar-benar mahu menumbangkan Umno-BN dan tidak akan
berubah tingkah menyokong kembali Umno-BN selepas mendapat tawaran menarik?
PRU
DUN Sabah 1994 adalah saksi kepada pendirian politik mereka.
Adakah
benar mereka mahu menyatukan sokongan rakyat pelbagai kaum di Sabah untuk
menumbangkan Umno-BN?
Jeffrey
dan Yong pada PRU13 hanya mampu meletakkan calon-calon di kebanyakan kawasan
Pantai Barat, Utara dan Pedalaman Sabah. Mereka gagal meletakkan calon di
banyak kawasan Pantai Timur Sabah.
Hasilnya
Jeffrey menang tipis kerusi DUN Bingkor, kalah kerusi Parlimen Keningau menentang
abangnya sendiri (Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) dan calon-calon partinya yang
lain kalah semua. Lebih tragik bagi Yong di mana dia bersama calon-calonnya kalah
kikis, malahan ramai yang hilang wang pertaruhan.
Lajim
bergayut di bawah PKR ketika itu dan bernasib baik kekal kerusi Klias dan kalah kerusi Parlimen
Beaufort. Arshad hilang wang pertaruhan dalam cubaan pertama partinya
bertanding pilihan raya.
Parti
Warisan ditubuhkan bersama sekumpulan wakil rakyat yang telah memenangi kerusi
masing-masing pada PRU13.
Meski
mendapat sambutan menakjubkan di kawasan pantai timur, bahagian utara, pantai
barat dan pedalaman Sabah, Parti Warisan masih membuka diri untuk bekerjasama
dengan parti-parti lain menumbangkan Umno-BN pada PRU14.
Syaratnya
parti yang mahu bekerjasama benar-benar mahu menumbangkan Umno-BN dan benar-benar
akan terus menjadi rakan Warisan selepas pilihan raya, walau apa keadaan
sekalipun.
MUDI
DUBING
Ketua
Penyelaras Warisan Tulid, Pensiangan/ Naib
Presiden KDM Malaysia
No comments:
Post a Comment