Kebencian Dr
Jeffrey kepada Warisan hanya memperkuat Umno-BN
|
Dr Jeffrey pemimpin pembangkang mesra Umno-BN |
BICARA
Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal di Benoni, Papar beserta
program sama dihadiri Timbalan Presiden, YB Darell Leiking di Tambulion, Kota
Belud 13 Mei lalu telah membawa mesej jelas.
Dalam
dua sesi itu, YB Darell mengajak penyokong Warisan mengamalkan ‘hubungan baik
sesama pembangkang’ untuk melawan Barisan Nasional (BN). Datuk Seri Shafie pula
menegaskan parti Warisan sama sekali tidak bernaung di bawah gabungan politik
bekas PM Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
YB
Darell mengajak semua pendukung perjuangan Parti Warisan agar berbaik-baik
dengan sesama penyokong parti pembangkang untuk satu tujuan iaitu ‘Mendirikan
Kerajaan Baharu’ menggantikan BN yang kleptokrasi.
Datuk
Seri Shafie menegaskan Kerajaan Baharu Warisan akan menuntut royalti lebih
besar dari kerajaan pusat selepas PRU14. Sebab itu sejak awal penubuhan
Warisan, parti itu sama sekali tidak memiliki ikatan dengan mana-mana parti di
semenanjung.
“Namun
kita tidak menentang perjuangan parti-parti yang mahu menumbangkan Umno-BN,”
kata beliau.
Akan
tetapi, lain bunyinya reaksi yang keluar dari kenyataan pemimpin pembangkang
lain. Penegasan Datuk Seri Shafie dan YB Darell disambut Presiden Star, Datuk
Dr Jeffrey Kitingan dengan nada yang berlawanan. Jeffrey secara lantang mengajak
para penyokongnya membenci Parti Warisan.
Jeffrey
menuduh Warisan sebagai proksi ‘Agenda Malaya’ Tun Dr Mahathir. Jeffrey
menegaskan ‘Agenda Malaya’ harus dilawan dengan ‘Agenda Borneo’ yang
diperjuangkannya. Jeffrey tidak menerima konsep ‘mesra sesama pembangkang’ yang
dihulurkan parti Warisan.
Jeffrey
bertegas meminta penyokongnya menolak Warisan kerana menurutnya Warisan sebagai
proksi ‘Agenda Malaya’ hanya bertujuan menindas rakyat Sabah dan mengaut
kekayaan Sabah. Jeffrey meletakkan Warisan sebagai musuh ‘Agenda Borneo’, walau
hakikatnya Warisan memperjuangkan ‘Agenda Hak Rakyat Sabah’.
Jeffrey
begitu yakin mampu memperjuangkan ‘Agenda Borneo’. Namun hakikatnya, sejak
sekian lama, Jeffrey tidak pernah menang suara mejoriti di luar lingkungan Bingkor, Keningau, Tambunan untuk
mewakili suara rakyat.
Jeffrey
melancarkan permusuhan ke atas parti Warisan, meski dia sedar rasa kebenciannya
kepada Warisan hanya melemahkan perjuangan partinya untuk menjayakan ‘Agenda
Borneo’.
Jeffrey
terus menyerang Warisan meski beliau tahu serangan itu hanya menguntungkan BN.
Serangannya hanya melemahkan kekuatan pembangkang. Sepatutnya bukan itu yang
Jeffrey mahu.
Ataukah
memang Jeffrey sengaja mahu memusuhi Warisan demi mengekalkan kekuasaan BN?
Itukah
barangkali tugas yang Jeffrey dapat hasil pertemuan dengan PM Najib Razak di
Putrajaya?
Itu
jugakah hasil perbincangan berterusan Jeffrey dengan Datuk Anifah Aman di Kota
Kinabalu?
Itu
jugakah penyebab tindakan sulitnya bersendirian mengemuka cadangan otonomi
Sabah kepada Datuk Teo Chee Kang dengan membelakangi rakan-rakan dalam GS?
Itukah
juga yang mendorong Jeffrey menulis surat kepada Speaker DUN Sabah yang
membelakangi kepentingan wakil-wakil pembangkang dalam DUN?
Jeffrey
menambah, “perpecahan dalam Gabungan Sabah adalah angkara parti Warisan
sehingga menyebabkan Parti Cinta Sabah (PCS) meninggalkan gabungan itu”.
|
Dr Jeffrey dalam mesyuarat bersama pemimpin Umno-BN |
Sampai
begini sekali rasa benci Jeffrey kepada Warisan. Tidak cukup tuduh Warisan
proksi Tun Dr Mahathir, tuduh lagi Warisan penyebab PCS tinggalkan Gabungan
Sabah yang diasaskannya.
Jika
demikian gerak-geri Jeffrey, bagaimanakah Warisan boleh mengharap sumbangannya
dalam pembangkang?
Oleh
sebab itu, Warisan hanya ada satu pilihan. Warisan perlu bergerak terus dengan
segala kekuatan yang ada. Warisan akan melangkah terus dengan segala kudratnya
membawa angin perubahan mengubah Sabah, memperjuangkan hak rakyat Sabah.
Warisan
tidak dapat menunggu Jeffrey menyambut salam persahabatan untuk bersama-sama
memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah. Meski bersendirian, sudah terbukti,
Warisan telah berjaya mendesak PM Najib menyemak balik dasar kabotaj. Warisan
juga berhasil mendesak PM Najib menyemak balik pemilikan rumah PPR di Sabah.
Seterusnya
Warisan
memperjuangkan peningkatan royalti minyak. Warisan akan bersendirian memberi
kata dua kepada Persekutuan.
Warisan
akan memberi pilihan kepada kerajaan persekutuan. Bersetuju memberi 20 peratus
royalti minyak kepada Sabah atau menyerahkan 80 peratus hak milik minyak kepada
Sabah?
Warisan
akan terus melangkah memperkenal penubuhan Kementerian Pelajaran Sabah. Warisan
akan terus dengan agenda mendirikan kolej-kolej perindustrian bagi melatih
golongan belia bekerja di pelbagai sektor perindustrian yang bakal diwujudkan
oleh parti Warisan.
Warisan
akan terus melangkah menstrukturkan sumber dan hasil Yayasan Sabah untuk
membangun Sabah demi manfaat rakyat Sabah. Warisan akan terus bergerak gagah
memperjuangkan hak tanah penduduk dengan memansuhkan ‘geran komunal’.
Warisan
akan terus memperjuang pengambilan balik tanah kosong Felda untuk manfaat
rakyat yang belum memiliki tanah. Warisan akan memperjuangkan pengeluaran kad
pengenalan bagi penduduk tulen Sabah.
Warisan
akan menuntut Pulau Labuan dikembalikan ke bawah pentadbiran Negeri Sabah.
Warisan akan terus memastikan pelabuhan Kudat dimajukan dan pelabuah Labuan
diperkembangkan.
Untuk
memperjuangkan ‘Agenda Rakyat Sabah’ yang disebutkan, Warisan memerlukan rakan
seperjuangan yang benar-benar mahu menumbangkan Umno-BN untuk mendirikan kerajaan
Sabah pro-rakyat. End