Warisan tuntut balik Labuan jadi wilayah Sabah
Perbadanan Labuan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Labuan |
PENGUMUMAN
Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), YB Junz Wong bertanding di kerusi P166
Labuan pada PRU14 adalah tepat. Pengumuman itu menawarkan pilihan terbaik kepada penduduk Labuan. Pilihan itu adalah untuk Labuan kembali semula ke bawah pentadbiran Negeri Sabah.
Warisan
boleh meletakkan sasaran menawan kerusi Labuan. Namun Warisan perlu memberi tumpuan kepada beberapa isu. Antaranya isu-isu kegagalan Kerajaan Persekutuan menyempurnakan tanggungjawab kepada Labuan. Di samping itu, berlaku layanan buruk Putrajaya kepada Ahli Parlimen Labuan, Datuk
Rozman Isli mengenai cadangan-cadangan pembangunan Labuan.
Warga Labuan akan berada di tempat yang lebih baik daripada sekarang apabila kembali semula ke dalam pentadbiran Negeri Sabah. Warga Labuan bakal menikmati keadaan lebih baik di bawah manifesto Parti Warisan Sabah.
Bahawa Parti Warisan bakal memperkenalkan Kementerian Pelajaran Sabah, pengujudan lebih banyak peluang pekerjaan sektor daratan dan lautan, membuka ruang latihan kemahiran belia Sabah untuk bekerja di pelbagai sektor yang diwujudkan serta menstrukturkan penjanaan sumber Yayasan Sabah. Semua pelan pembangunan itu bakal dilebarkan ke Pulau Labuan.
Kedudukan Labuan dalam Wilayah Persekutuan sudah didebatkan sejak beberapa lama oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Harris Mohd Salleh.

Rumusannya,
Harris sendiri kesal menyerahkan Labuan kepada Wilayah Persekutuan.
Harris sendiri membayangkan lebih baik Labuan diletakkan semula ke dalam
pentadbiran Negeri Sabah.
YB Junz ketika melawat Labuan April 2017 |
Kejatuhan
industri minyak dan gas telah mengakibatkan lebih 10,000 orang kehilangan
pekerjaan. Sekali gus bilangan ini mendadak meninggalkan Labuan. Sektor perhotelan, perbankan, otomotif, restoran dan sewaan rumah terjejas teruk oleh keadaan ini.
Pengehadan status bebas cukai Labuan telah mengakibatkan sebahagian besar pelancong dalam negeri menghentikan kunjungan tetap hujung minggu dan percutian mereka ke Labuan. Ini menjadikan Labuan hilang daya tarik yang telah memberi pulangan perniagaan sejak lama dahulu.

Banyak
perniagaan di Labuan lingkup. Peniaga Labuan kehilangan pelanggan. Penduduk
Labuan kehilangan kuasa beli.
Rozman
selaku Ahli Parlimen dan Pengerusi Perbadanan Labuan berbuat sesuatu. Beliau memperkenalkan program pelancongan penerbangan terus dari
China ke Labuan.
Program itu disusun bermula Julai 2016. Namun penerbangan terus ke Labuan tidak diperoleh. Putrajaya tidak bersungguh-sungguh membantu pertumbuhan pelancongan di Labuan. Usaha ini gagal mengembalikan semarak perekonomian Labuan.

Sebelum
itu, Rozman dengan sokongan para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) dan
dewan-dewan perniagaan di Labuan mengemuka rayuan kepada Putrajaya. Rayuan disampaikan berkali-kali untuk mendesak
Putrajaya menghalang pelaksanaan pengehadan status bebas cukai Labuan.
Namun Putrajaya hanya memandang ringan rayuan itu. Pengehadan status bebas cukai dilaksanakan juga. Dasar baru itu telah mengurangkan lebih separuh kehadiran pengunjung tetap berbelanja di Labuan.
Namun Putrajaya hanya memandang ringan rayuan itu. Pengehadan status bebas cukai dilaksanakan juga. Dasar baru itu telah mengurangkan lebih separuh kehadiran pengunjung tetap berbelanja di Labuan.
Apa
lagi yang dapat dibanggakan oleh penduduk Labuan untuk terus berada di bawah
kekuasaan Wilayah Persekutuan?
Berada
di dalam wilayah pentadbiran Negeri Sabah akan memberi harapan baharu kepada
penduduk Labuan. Jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Sabah akan
dilebarkan semula ke Labuan.
Kerajaan
Negeri Sabah mampu menambah lebih banyak entiti perindustrian di Labuan. Langkah itu akan membuka
lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga Labuan. Langkah itu juga dapat memberi manfaat kepada para pencari kerja dari
daerah-daerah bersebelahan.
Kepentingan
pelabuhan Labuan dapat ditingkatkan. Peningkatan itu sesuai dengan manifesto Warisan membuka perairan
Kudat sebagai pelabuhan entreport penting di Sabah.
Namun
demikian, Warisan mempunyai tugas mencabar untuk menarik sokongan pengundi
Labuan menerima pakej terbaik yang ditawarkan untuk menghadapi PRU14.
Warisan
harus dapat mengenal pasti sasaran memperoleh majoriti dari sejumlah 26,152
pengundi kawasan Parlimen Labuan yang terdaftar sekarang. Jumlah ini melebihi
hampir 2,000 pengundi berbanding bilangan pengundi PRU13 yang berjumlah 24,474.
Komposisi
pengundi berdasarkan analisis PRU13 meliputi pengundi pos 1500, Melayu 9,604
(39.27%), Cina 5,670 (23.8%), India 353 (1.44%), bumiputera Sabah 7,717
(31.55%), bumiputera Sarawak 424 (1.74%) dan lain-lain 687 (2.8%).
Kalangan
pengundi tersebar di 17 Pusat Daerah Mengundi yang merangkumi 27 perkampungan dan
perumahan kawasan bandar.
Kampung-kampung
itu terdiri daripada Batu Arang, Batu Manikar, Bebuloh, Belukut, Bukit Kalam, Bukit
Kuda, Durian Tunjung, Ganggarak, Gersik/Saguking, Kerupang/Nagalang, Kilan
Pulau Akar, Lajau, Layang-Layangan, Lubuk Temiang, Pantai, Patau-Patau1, Patau-Patau2,
Pohon Batu, Rancha-Rancha, Sg Bangat, Sg Bedaun, Sg Buton, Sg Keling, Sg Labu, Sg
Lada, Sg Miri/ Sg Pagar dan Tanjung Aru.
Bilangan
keluar mengundi 19377 (79.2%) daripada jumlah pengundi 24,474. Undi rosak 207.
Pertambahan
perolehan undi parti pembangkang cenderung bertambah. Pada PRU12, calon Umno-BN
Datuk Yusoff Mahal memperoleh 10,471 menewaskan calon Bebas, Lau Seng Kiat yang
memperoleh 2,014 dan Matusin Abdul Rahman (Pas) 1,106. Bilangan keluar mengundi
ketika itu ialah 12,149 (68.1%) daripada keseluruhan 20,783 pengundi. Undi
rosak 311.
Pengundi
di kawasan perumahan dan bandar kekal menyumbang sokongan kepada pembangkang
termasuk di Pusat Daerah Mengundi calon BN.Labuan kian sunyi ekoran kejatuhan industri Oil and Gas. |
No comments:
Post a Comment