Mengapa saya ikut Warisan dan bukan STAR, PBS?
ujar Crispin Datuk Kitingan
Crispin Kitingan di Kg Salimpodon, Pitas |
SALIMPODON
(Pitas): Saya ada dua abang yang aktif dalam politik dan semua orang tahu itu.
“Dulu
ramai orang Tanya, kenapa saya tidak ceburi politik. Saya jawab, cukuplah
dengan dua abang saya,” kata Crispin Datuk Kitingan ketika menyertai rombongan
Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, YB Darell Leiking menemui penyokong di
Kg Salimpodon, Pitas baru-baru ini.
Crispin
pesara pegawai kanan pengurusan tertinggi Safoda menjelaskan, sekarang saya
melibatkan diri dalam politik kerana terpanggil untuk turut sama memperjuangkan
kehendak rakyat.
Saya
tidak menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan abang saya (Tan Sri Datuk Seri
Joseph Pairin Kitingan) kerana parti itu kini sudah tersasar jauh dari landasan
asal perjuangannya.
Sekarang
PBS tidak berkuasa lagi dan keberadaannya dalam kerajaan hanya pelengkap korum
kepada Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno.
Saya
juga tidak menyertai STAR pimpinan abang saya yang seorang lagi (Datuk Dr
Jeffrey Kitingan) kerana Gabungan Sabah yang dipimpinnya berdiri di atas
platform yang rapuh.
“Gabungan
Sabah tidak berkemampuan menghalau Umno-BN dari Sabah,” kata Crispin.
Crispin
yakin Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dianggotainya kini di bawah pimpinan
Presiden YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mampu memperjuangkan kehendak rakyat
keseluruhan dengan adil dan saksama.
Crispin Kitingan menyerahkan borang keahlian Warisan kepada Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal |
No comments:
Post a Comment