Bekerja untuk kemenangan Warisan, elak berebut jadi calon
PERTAMA
yang harus kita tanya diri, mahu MENANG atau KALAH. Sekadar menang satu dua
kerusi tidak memerintah itu sia-sia saja. WARISAN kena menangi lebih 30 kerusi
atau 45 kerusi lebih untuk menggubal undang-undang di DUN nanti.
Kalau
sekadar memang kerusi BINGKOR sahaja,
itu tidak membawa makna malah BN terus kuasai dan rakyat sama bakal terseksa
juga nanti. Saya melihat melalui nota-nota di facebook dan grup-grup WHATSAPP
rata-rata ada sebahagian ahli WARISAN bersikap negatif dan lebih utamakan
individu banding kemenangan parti.
"Kalau
si anu dipilih calon, pasti kalah dan lebih baik mengundi parti lain".
Kenyataan seperti ini bukan membawa kebaikan sebalik menjadi VIRUS bahaya sebab
boleh merosakkan parti.
DS
Shafie Apdal berulang kali menyatakan, semua orang mesti berkerja dulu dan
dekati rakyat, tubuh sebanyak mungkin cawangan dan tarik seramai mungkin ahli
dan soal calon itu difikirkan kemudian tak perlu diuar-uarkan.
Ada
juga yang berkata konon buat apa berbelanja, kalau tidak dijadikan calon dan
orang semacam ini sebaiknya menubuhkan
parti sendiri, pilih keluarga sebagai ahli dan pasti akan menjadi calon di
PRU14.
Ada
yang bercakap banyak konon dialah mempunyai banyak cawangan dan kemudian ada
sekitar 2000 ahli sedang satu cawangan tidak punya. Kalau memang ada sila
daftarkan di ibu pejabat dan kita teliti berapa orang sebenarnya yang mereka
punya.
Ada
lagi yang mengatakan, kalau bukan orang sendiri dipilih jadi calon, maka mereka
akan undi parti lain seperti PAS atau UMNO dan orang semacam ini sama juga
perosak parti dan tidak harus ada dalam parti.
Kita
khuatir mereka yang tidak berpendirian ini bila menang akan melompat ke parti
lain dan menjual diri kepada BN atau
boleh dibeli dengan nilai sejuta atau lebih sebab dana 2.6 bilion milik M01 masih banyak dalam simpanan.
Sabah
ini sudah diperintah oleh parti dan pemimpin KORUP dan kesannya Sabahan cukup
menderita kesan kena tipu selama ini.
Sepatut
rakyat Sabah ketepikan dulu soal kepentingan peribadi yang beriya mahu jadi YB
dan jadi menteri dan sekarang masanya semua BERSATU ketepikan agenda peribadi
dan sama-sama perjuangkan parti WARISAN untuk tumbangkan Barisan Nasional dan
ini lebih utama.
Kita
tak kesah siapa saja diangkat jadi calon asal layak dan punya wibawa untuk
memimpin dan harus jenis yang siap berkorban wang ringgit bukan yang menunggu
rezeki masuk ke mulut.
Memang
duit itu bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit dan parti harus
digerakkan dengan cara turun ke halaman bukan hanya sibuk di laman sosial dan
itu sebab DS Shafie Apdal mahukan pergerakan rumah ke rumah setelah Jelajah dan
Bicara Presiden selesai di beberapa lokasi.
Untuk
memang semua kena bersatu, bergerak sama dan hindarkan sikap buruk memburukkan
sesama dan mesti bergerak serentak dan visi warisan mesti satu iaitu TUMBANGKAN
BN dan mahukan WARISAN memerintah.
"Ahli-ahli
tidak perlu berebutan jawatan atau mahu jadi calon dan yang diutamakan ialah
kemenangan dan bila menang dan memerintah maka tiada siapa yang ditinggalkan,"
itulah kenyataan DS Shafie yang selalu ia ucapkan.
Nah,
kepada semua ahli warisan kena ingat dan cuba bayangkan bagaimana nanti setelah
PRU14, BN terus memerintah dan semuanya akan berputih mata. Bayangkan jika ini
terjadi.
NURLIYANA
ABDULLAH
30/5/2017
No comments:
Post a Comment