Pucuk pimpinan Warisan sambut Kaamatan secara harmoni bersama pemimpin pelbagai parti
PARTI Warisan
Sabah (Warisan) mengutamakan keharmonian dalam melestarikan warisan tradisi
pelbagai etnik negeri ini sejajar dengan orientasi perjuangan parti itu yang
berlandaskan kepentingan semua kaum sesama rakyat Sabah, Malaysia.
Keharmonian itu
jelas ketika sambutan Kaamatan 2017 di mana selain mengadakan Kaamatan anjuran
parti, para pemimpin Warisan turut mengunjungi Kaamatan rasmi di Hongkod
Koisaan, Penampang sepanjang Mei lalu.
Presiden
Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sepanjang Mei telah mengunjungi pelbagai
tempat di negeri ini untuk merasmikan Pesta Kaamatan.
Sementara
Timbalan Presiden, YB Darell Leiking, Naib-Naib Presiden; Datuk Peter Anthony,
YB Junz Wong, Setiausaha Agung, Loretto S. Padua Jr dan Bendahari Agung, YB
Terence Siambun mengunjungi Kaamatan rasmi di KDCA, Penampang 30-31 Mei.
Dari kanan YB Limus Jury, YB Junz Wong, Datuk Peter Anthony dan Datuk Gordon Leong |
Semua pemimpin
utama Parti Warisan itu menemui orang ramai, beramah mesra dengan para pemimpin
kerajaan dan parti pembangkang lain untuk menyampaikan mesej keharmonian,
merealisasi kesyukuran bersama hasil tuaian sepanjang musim lalu.
Menjelang petang
selepas sambutan Kaamatan Peringkat Kawasan Parlimen Kimanis di Pekan Lama
Kimanis 31 Mei, Datuk Peter Anthony, YB Junz Wong dan YB Terence Siambun
bergegas ke Hongkod Koisaan, Penampang dan meraikan bersama Kaamatan dengan orang
ramai dan kalangan kenamaan lain.
YB Terence Siambun, Datuk Joniston Bangkuai, Datuk Peter Anthony, YB Junz Wong dan OKK William Majimbun |
Mereka sempat
mengunjungi Hamin Penampang dengan menemui Timbalan Presiden KDCA, Datuk Seri
Dr Clarence Bongkos Malakun, Baloi Tatana dengan menemui Adun Kuala Penyu, YB
Limus Jury dan Rumah Lotud dengan menemui Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred
Madius Tangau, Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Perhubungan Parti
Gerakan, Datuk Gordon Leong.
Datuk Peter Anthony dan YB Junz Wong bersama para penyokong Warisan di Hongkod Koisaan |
YB Junz Wong membisikkan sesuatu kepada Datuk Peter Anthony ketika ramah mesra Kaamatan di KDCA |
No comments:
Post a Comment