Sampai bila penduduk Sumambu tagih simpati?
Jalan Sumambu, Kemabong putus lagi tidak dapat dilalui kenderaan empat roda |
JALAN putus Sumambu tidak pernah selesai. Selepas dibaiki,
jalan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong ini rosak lagi. Kalau bukan
jalannya runtuh, pasti ada jambatan yang roboh.
Penduduk Sumambu terpaksa berjalan kaki puluhan kilometer. Masih
baik jika dalam keadaan sihat dan cuaca baik. Tapi amat menyedihkan jika
berlaku kecemasan, penduduk sakit ditambah cuaca yang buruk.
Kg Sumambu merupakan antara perkampungan jauh dari Pekan
Tenom. Kg Sumambu terletak berdekatan dengan Kg Rundum. Sebut Kg Rundum, ramai
yang tahu. Ini adalah tempat letaknya kubu pahlawan Murut, Antanom.
Di samping jalan ke Kemabong, dua kampung ini juga dapat
dijangkau melalui jalan balak dari arah Keningau.
Banyak isu dikaitkan dengan keterpinggiran Kg Sumambu dan
kampung-kampung sekitar. Namun penyelesaian tuntasnya belum dicapai sehingga
kini.
Jalan runtuh di curam tinggi |
Licin sukar dilalui |
No comments:
Post a Comment