Pitas hadapi masalah bekalan air sejak bertahun lama
PITAS:
Kerajaan Negeri Sabah perlu mempercepatkan langkah menentukan status Jabatan
Air Negeri Sabah (JANS) samada kekal sebagai jabatan atau diswastakan
ZININ ANDONG |
kerana
inilah pokok masalah bekalan air di sini tidak pernah selesai sejak sekian lama.
Penyelaras
Parti Warisan Sabah DUN Pitas, Mohd. Zinin Andong Ajak berkata pihaknya
difahamkan, ekoran keputusan yang belum menentu, JANS menghadapi kekurangan
tenaga manusia dan kewangan untuk membayar tuntutan kontraktor.
“Paling
teruk masalah ketiadaan bekalan air bersih berlaku sepanjang bulan puasa
sehingga Hari Raya Aidilfitri dan berlanjutan sehingga kini. Penduduk
bergantung air mineral untuk memasak, minum dan membersihkan diri secara ala
kadar,” kata Zinin.
Zinin
menyatakan pihaknya menyedari ada usaha pihak berwajib peringkat kawasan dan
kementerian namun masalah tidak juga dapat diselesaikan kerana kekurangan
sumber tenaga manusia dan peruntukan kewangan yang tidak mencukupi.
Menurut
Zinin, ketika status JANS belum pasti, masalah ketiadaan air bersih terus
berlaku dan menjejaskan pelbagai sektor seperti masjid, cuci kereta, restoran,
dobi, kenduri dan kegiatan harian penduduk.
Zinin ... Penyelaras Warisan Pitas |
“Saya
tidak berniat menyalahkan kakitangan Jabatan Air Pitas namun terpanggil membuat
kenyataan untuk menyuarakan rintihan pelbagai pihak yang disalurkan kepada
kami,” katanya.
Zinin
menyatakan pihaknya menerima maklumat tentang masalah yang berlaku disebabkan
kerosakan generator pengepam loji air, tapi pada waktu yang sama wujud pengepam
menggunakan bekalan tenaga SESB tapi tidak digunakan sejak bertahun-tahun.
Difahamkan
pada masa ini, kontraktor penyelenggara pengepam air sudah menghentikan
kerja-kerja mereka disebabkan belum menerima bayaran tuntutan dari JANS.
Zinin
menjelaskan masalah bekalan air di Pitas sudah bertahun lamanya dan kian rumit,
selain bekalan air tidak terawat, turut berlaku tekanan air rendah dan notis
penutupan bekalan yang tidak sampai kepada pengguna.
Menurut
Zinin, ketiadaan bekalan air bersih di sini merupakan satu ironi kerana Pitas
merupakan sebuah daerah yang dikelilingi aliran Sungai Bengkoka.
Di
samping itu, Pitas juga merupakan kawasan yang kaya dengan sumber air serta
kawasan tadahan hujan.
LOJI penapis air tidak berfungsi. - Gambar hiasan |
“Kesabaran
pengguna sebenarnya sudah bertahun tapi penyelesaian yang dinanti-nantikan
belum menampakkan harapan.
“Kalaulah
masalah asas seperti ini pun pemimpin serta jabatan berwajib tidak mampu
menyelesaikan, maka kami seluruh penduduk Pitas mendoakan agar penyelesaian
dapat dicapai termasuk menggantikan kepimpinan kerajaan kepada pemimpin yang
lebih mampu,” kata Zini.
PENDUDUK menerima bekalan air tidak terawat dari loji penapis. |
No comments:
Post a Comment