Warisan FC mulakan misi dengan menumpaskan Blaugrana 7-0
LABUAN:
Warisan FC memulakan misinya dengan menumpaskan juara Kejohanan Bolasepak Telekom Labuan 9-Sebelah 2017, Blaugrana 7-0 dalam perlawanan persahabatan pertama di
Kompleks Sukan di sini 5 Julai lalu.
Warisan
FC yang akan mendaftar dalam saingan Liga Komuniti Labuan 2017 yang akan berlangsung 29 Julai hingga Disember telah mengunjur jadual bertemu sebuah lagi pasukan
tujuh terbaik Liga Komuniti Labuan 2016, Chakuncai 21 Julai.
“Kami
berazam mempamerkan saingan terbaik Liga Komuniti Labuan musim ini dengan
mengatur siri latihan dan pelbagai pertemuan persahabatan bagi menyatukan
rentak para pemain,” kata pengurus pasukan, Akin @ Benedic Chu.
Dalam
pertemuan dengan Blaugrana, Warisan FC menjaring dua gol pada separuh masa
pertama sementara lima gol lagi dijaringkan di separuh masa kedua.
Liga
Komuniti Labuan adalah antara kejohanan berprestij di sini yang menawarkan
hadiah lumayan berjumlah RM5,000 bagi johan, RM3,000 (naib johan) dan
masing-masing RM1,000 bagi tempat ketiga dan keempat.
BLAUGRANA juara 9-sebelah Telekom Labuan 2017 |
No comments:
Post a Comment