Monday 10 July 2017

Warisan FC Labuan tumpaskan Blaugrana 7-0

Warisan FC mulakan misi dengan menumpaskan Blaugrana 7-0

  
PASUKAN bolasepak Warisan FC Labuan
LABUAN: Warisan FC memulakan misinya dengan menumpaskan juara Kejohanan Bolasepak Telekom Labuan 9-Sebelah 2017, Blaugrana 7-0 dalam perlawanan persahabatan pertama di Kompleks Sukan di sini 5 Julai lalu.
Warisan FC yang akan mendaftar dalam saingan Liga Komuniti Labuan 2017 yang akan berlangsung 29 Julai hingga Disember telah mengunjur jadual bertemu sebuah lagi pasukan tujuh terbaik Liga Komuniti Labuan 2016, Chakuncai 21 Julai.
“Kami berazam mempamerkan saingan terbaik Liga Komuniti Labuan musim ini dengan mengatur siri latihan dan pelbagai pertemuan persahabatan bagi menyatukan rentak para pemain,” kata pengurus pasukan, Akin @ Benedic Chu.
Dalam pertemuan dengan Blaugrana, Warisan FC menjaring dua gol pada separuh masa pertama sementara lima gol lagi dijaringkan di separuh masa kedua.
Liga Komuniti Labuan adalah antara kejohanan berprestij di sini yang menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM5,000 bagi johan, RM3,000 (naib johan) dan masing-masing RM1,000 bagi tempat ketiga dan keempat.

BLAUGRANA juara 9-sebelah Telekom Labuan 2017 





Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...