Wednesday 7 June 2017

Umno gagal perbaiki jalan Sumambu-Rundum

Penduduk Sumambu tebang kayu perbaiki jalan runtuh, berlumpur

Penduduk memasang kayu-kayu di laluan runtuh dan berlumpur
Sebelumnya beberapa kenderaan pacuan empat roda terkubur

RUNDUM (Kemabong): Setelah tersadai sejak 5 Jun 2017, serombongan kenderaan pacuan empat roda hari ini keluar dari jalan berlumpur dan runtuh di kawasan Sumambu Rundum kira-kira 30km ke lembah Kemabong.

Tinjauan kru ke lokasi mendapati kenderaan konvoi yang terkubur serta tersekat tanah runtuh keluar dari kawasan itu atas bantuan penduduk kampung setelah bantuan yang diharapkan dari pihak berkuasa gagal menampakkan kelibat.
“Tiada pemimpin datang, tiada YB menjenguk keadaan ini, Ahli Parlimen tiada datang, wakil rakyat Kemabong tiada juga, PPM pun tiada datang,” kata seorang pemuda yang sedang bersama rakan-rakan menyusun batang-batang kayu di jalan yang sukar dilalui.

Jalan Rundum-Sumambu-Kemabong
Terkubur dan tersekat semalaman
Ahli Parlimen bagi kawasan itu ialah Datuk Raime Unggi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong, Datuk Rubin Balang yang juga Ketua Bahagian Umno Tenom dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) ialah Sukimin Rukini.
Pemuda yang tidak mahu disebutkan nama itu memberitahu kawasan berkenaan sejak beberapa pilihan raya lalu tidak pernah gagal memberi kemenangan kepada calon-calon Umno.
“Tapi dalam kesukaran begini tiada kelibat mereka datang menjenguk masalah penduduk,” katanya.

Ketika tersekat 5 Jun, sebahagian daripada kenderaan berjaya tembus lalu namun sebahagian lagi terkubur sehingga memaksa pemandu dan penumpang bermalam di tempat di mana mereka tersekat.

Penduduk Rundum Sumambu adalah penyokong Umno tapi Umno gagal bantu mereka
Masalah jalan Rundum-Sumambu-Kemabong tidak pernah selesai

No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...