Saturday 3 June 2017

Jualan rokok kaki lima jejas pendapatan kerajaan

Kerajaaan lemah sukar banteras jualan rokok di kaki lima

Jualan kaki lima rokok tanpa cukai tanpa lesen di bandar Keningau yang dipetik dari satu pos rakan fb Warisan
Jualan rokok di kaki lima jelas menjejas perolehan kerajaan. Apa tidaknya, kerajaan tidak mendapat cukai kerana harga yang murah dengan sendirinya menjelaskan bahawa bekalan rokok ini diperoleh dari sumber seludup. Diseludup kerana mengelak membayar cukai kepada kerajaan. Dan yang pasti, penyeludupan berterusan kerana kelemahan penguatkuasaan dari pihak kerajaan itu sendiri.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga tidak memperoleh kutipan bayaran lesen. Ini disebabkan jualan rokok seludup di kaki lima tidak boleh dilesenkan. Perniagaan itu termasuk dalam kategori yang tidak dibenarkan. Dengan kata lain, jualan rokok di kaki lima adalah HARAM. Namun jualan haram itu tetap berterusan.

PBT boleh menguatkuasakan peraturan menghalang jualan rokok haram. Namun kegiatan haram itu berterusan juga tanpa pembanterasan. Sekali lagi, kegiatan itu tidak dapat dibendung kerana kelemahan penguatkuasaan.

Pihak kerajaan harus tegas dan kuat untuk membersihkan segala bentuk perniagaan yang tidak memberi pulangan kepada kerajaan.

Mudi kunjungi PDM Warisan Marapok

Generasi Kumpangan - Giadon adakan pertemuan keluarga

Mudi Dubing (dua kiri), Victor Blasius (berdiri) bersama penganjur Keluarga Kumpangan Giadon di Kg Marask, Keningau
KENINGAU: Pertemuan keluarga mampu menjana semangat membangun kehidupan di kalangan generasi di samping menyatukan kekuatan untuk menentukan masa hadapan dalam konteks ekonomi, sosial dan politik.
Naib Presiden KDM Malaysia, Mudi Dubing berkata di samping saling mengenal dan membiasakan diri di antara satu sama lain, pertemuan keluarga perlu diusahakan dari semasa ke semasa untuk meraikan pencapaian ahli-ahli keluarga yang bertempat tinggal di pelbagai lokaliti di perantauan.
"Saya gembira kerana dapat meraikan bersama pertemuan keluarga Kumpangan dan Giadon pada tahun ini," kata Mudi yang juga Ketua Penyelaras Parti Warisan Sabah, Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid dalam kawasan Parlimen Pensiangan.
Pertemuan keluarga yang dipengerusikan oleh Alponsos Daunkit itu telah diadakan di Kg Marasak dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Marapok, DUN Sook/Tulid 2 Jun 2017.
Pelbagai acara disusun sempena pertemuan keluarga itu yang antara lain saling mengenal antara ahli-ahli keluarga dan mengetengahkan kejayaan yang telah dicapai ahli-ahli keluarga.
Turut hadir Ketua PDM Warisan Marapok, Victor Blasius.

Mudi Dubing dalam semangat perjuangan Warisan di PDM Marapok DUN Tulid Pensiangan

Friday 2 June 2017

Rintihan Sumambu tidak pernah berakhir

Sampai bila penduduk Sumambu tagih simpati?

Jalan Sumambu, Kemabong putus lagi tidak dapat dilalui kenderaan empat roda

JALAN putus Sumambu tidak pernah selesai. Selepas dibaiki, jalan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong ini rosak lagi. Kalau bukan jalannya runtuh, pasti ada jambatan yang roboh.
Penduduk Sumambu terpaksa berjalan kaki puluhan kilometer. Masih baik jika dalam keadaan sihat dan cuaca baik. Tapi amat menyedihkan jika berlaku kecemasan, penduduk sakit ditambah cuaca yang buruk.
Kg Sumambu merupakan antara perkampungan jauh dari Pekan Tenom. Kg Sumambu terletak berdekatan dengan Kg Rundum. Sebut Kg Rundum, ramai yang tahu. Ini adalah tempat letaknya kubu pahlawan Murut, Antanom.
Di samping jalan ke Kemabong, dua kampung ini juga dapat dijangkau melalui jalan balak dari arah Keningau.
Banyak isu dikaitkan dengan keterpinggiran Kg Sumambu dan kampung-kampung sekitar. Namun penyelesaian tuntasnya belum dicapai sehingga kini.

Jalan runtuh di curam tinggi
Licin sukar dilalui



Thursday 1 June 2017

Jom Warisan, tuntut Labuan balik Sabah!

Warisan tuntut balik Labuan jadi wilayah Sabah

Perbadanan Labuan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Labuan
PENGUMUMAN Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), YB Junz Wong bertanding di kerusi P166 Labuan pada PRU14 adalah tepat. Pengumuman itu menawarkan pilihan terbaik kepada penduduk Labuan. Pilihan itu adalah untuk Labuan kembali semula ke bawah pentadbiran Negeri Sabah.
Warisan boleh meletakkan sasaran menawan kerusi Labuan. Namun Warisan perlu memberi tumpuan kepada beberapa isu. Antaranya isu-isu kegagalan Kerajaan Persekutuan menyempurnakan tanggungjawab kepada Labuan. Di samping itu, berlaku layanan buruk Putrajaya kepada Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli mengenai cadangan-cadangan pembangunan Labuan.
Warga Labuan akan berada di tempat yang lebih baik daripada sekarang apabila kembali semula ke dalam pentadbiran Negeri Sabah. Warga Labuan bakal menikmati keadaan lebih baik di bawah manifesto Parti Warisan Sabah.
Bahawa Parti Warisan bakal memperkenalkan Kementerian Pelajaran Sabah, pengujudan lebih banyak peluang pekerjaan sektor daratan dan lautan, membuka ruang latihan kemahiran belia Sabah untuk bekerja di pelbagai sektor yang diwujudkan serta menstrukturkan penjanaan sumber Yayasan Sabah. Semua pelan pembangunan itu bakal dilebarkan ke Pulau Labuan.
Kedudukan Labuan dalam Wilayah Persekutuan sudah didebatkan sejak beberapa lama oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Harris Mohd Salleh.
Rumusannya, Harris sendiri kesal menyerahkan Labuan kepada Wilayah Persekutuan. Harris sendiri membayangkan lebih baik Labuan diletakkan semula ke dalam pentadbiran Negeri Sabah.


YB Junz ketika melawat Labuan April 2017

Kejatuhan industri minyak dan gas telah mengakibatkan lebih 10,000 orang kehilangan pekerjaan. Sekali gus bilangan ini mendadak meninggalkan Labuan. Sektor perhotelan, perbankan, otomotif, restoran dan sewaan rumah terjejas teruk oleh keadaan ini.
Pengehadan status bebas cukai Labuan telah mengakibatkan sebahagian besar pelancong dalam negeri menghentikan kunjungan tetap hujung minggu dan percutian mereka ke Labuan. Ini menjadikan Labuan hilang daya tarik yang telah memberi pulangan perniagaan sejak lama dahulu.
Banyak perniagaan di Labuan lingkup. Peniaga Labuan kehilangan pelanggan. Penduduk Labuan kehilangan kuasa beli.
Rozman selaku Ahli Parlimen dan Pengerusi Perbadanan Labuan berbuat sesuatu. Beliau memperkenalkan program pelancongan penerbangan terus dari China ke Labuan. 
Program itu disusun bermula Julai 2016. Namun penerbangan terus ke Labuan tidak diperoleh. Putrajaya tidak bersungguh-sungguh membantu pertumbuhan pelancongan di Labuan. Usaha ini gagal mengembalikan semarak perekonomian Labuan.
Sebelum itu, Rozman dengan sokongan para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) dan dewan-dewan perniagaan di Labuan mengemuka rayuan kepada Putrajaya. Rayuan disampaikan berkali-kali untuk mendesak Putrajaya menghalang pelaksanaan pengehadan status bebas cukai Labuan.
Namun Putrajaya hanya memandang ringan rayuan itu. Pengehadan status bebas cukai dilaksanakan juga. Dasar baru itu telah mengurangkan lebih separuh kehadiran pengunjung tetap berbelanja di Labuan.
Apa lagi yang dapat dibanggakan oleh penduduk Labuan untuk terus berada di bawah kekuasaan Wilayah Persekutuan?
Berada di dalam wilayah pentadbiran Negeri Sabah akan memberi harapan baharu kepada penduduk Labuan. Jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Sabah akan dilebarkan semula ke Labuan.
Kerajaan Negeri Sabah mampu menambah lebih banyak entiti perindustrian di Labuan. Langkah itu akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga Labuan. Langkah itu juga dapat memberi manfaat kepada para pencari kerja dari daerah-daerah bersebelahan.
Kepentingan pelabuhan Labuan dapat ditingkatkan. Peningkatan itu sesuai dengan manifesto Warisan membuka perairan Kudat sebagai pelabuhan entreport penting di Sabah.
Namun demikian, Warisan mempunyai tugas mencabar untuk menarik sokongan pengundi Labuan menerima pakej terbaik yang ditawarkan untuk menghadapi PRU14.
Warisan harus dapat mengenal pasti sasaran memperoleh majoriti dari sejumlah 26,152 pengundi kawasan Parlimen Labuan yang terdaftar sekarang. Jumlah ini melebihi hampir 2,000 pengundi berbanding bilangan pengundi PRU13 yang berjumlah 24,474.
Komposisi pengundi berdasarkan analisis PRU13 meliputi pengundi pos 1500, Melayu 9,604 (39.27%), Cina 5,670 (23.8%), India 353 (1.44%), bumiputera Sabah 7,717 (31.55%), bumiputera Sarawak 424 (1.74%) dan lain-lain 687 (2.8%).
Kalangan pengundi tersebar di 17 Pusat Daerah Mengundi yang merangkumi 27 perkampungan dan perumahan kawasan bandar.
Kampung-kampung itu terdiri daripada Batu Arang, Batu Manikar, Bebuloh, Belukut, Bukit Kalam, Bukit Kuda, Durian Tunjung, Ganggarak, Gersik/Saguking, Kerupang/Nagalang, Kilan Pulau Akar, Lajau, Layang-Layangan, Lubuk Temiang, Pantai, Patau-Patau1, Patau-Patau2, Pohon Batu, Rancha-Rancha, Sg Bangat, Sg Bedaun, Sg Buton, Sg Keling, Sg Labu, Sg Lada, Sg Miri/ Sg Pagar dan Tanjung Aru.
PRU13 memperlihatkan perolehan undi parti-parti bertanding dengan memberi kemenangan kepada Umno-BN yang diwakili Datuk Rozman Isli 12,694, Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR) 6,069, Hadnan Mohamad (Pas) 386 dengan majoriti 6,625.
Bilangan keluar mengundi 19377 (79.2%) daripada jumlah pengundi 24,474. Undi rosak 207.
Pertambahan perolehan undi parti pembangkang cenderung bertambah. Pada PRU12, calon Umno-BN Datuk Yusoff Mahal memperoleh 10,471 menewaskan calon Bebas, Lau Seng Kiat yang memperoleh 2,014 dan Matusin Abdul Rahman (Pas) 1,106. Bilangan keluar mengundi ketika itu ialah 12,149 (68.1%) daripada keseluruhan 20,783 pengundi. Undi rosak 311.
Pengundi di kawasan perumahan dan bandar kekal menyumbang sokongan kepada pembangkang termasuk di Pusat Daerah Mengundi calon BN.


Labuan kian sunyi ekoran kejatuhan industri Oil and Gas.

Pemimpin Warisan sambut Kaamatan Bersama

Pucuk pimpinan Warisan sambut Kaamatan secara harmoni bersama pemimpin pelbagai parti

 
Datuk Peter Anthony, YB Junz Wong bersama Datuk Wilfred Madius Tangau
PARTI Warisan Sabah (Warisan) mengutamakan keharmonian dalam melestarikan warisan tradisi pelbagai etnik negeri ini sejajar dengan orientasi perjuangan parti itu yang berlandaskan kepentingan semua kaum sesama rakyat Sabah, Malaysia.
Keharmonian itu jelas ketika sambutan Kaamatan 2017 di mana selain mengadakan Kaamatan anjuran parti, para pemimpin Warisan turut mengunjungi Kaamatan rasmi di Hongkod Koisaan, Penampang sepanjang Mei lalu.
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sepanjang Mei telah mengunjungi pelbagai tempat di negeri ini untuk merasmikan Pesta Kaamatan.
Sementara Timbalan Presiden, YB Darell Leiking, Naib-Naib Presiden; Datuk Peter Anthony, YB Junz Wong, Setiausaha Agung, Loretto S. Padua Jr dan Bendahari Agung, YB Terence Siambun mengunjungi Kaamatan rasmi di KDCA, Penampang 30-31 Mei.
Dari kanan YB Limus Jury, YB Junz Wong, Datuk Peter Anthony dan Datuk Gordon Leong
Semua pemimpin utama Parti Warisan itu menemui orang ramai, beramah mesra dengan para pemimpin kerajaan dan parti pembangkang lain untuk menyampaikan mesej keharmonian, merealisasi kesyukuran bersama hasil tuaian sepanjang musim lalu.
Menjelang petang selepas sambutan Kaamatan Peringkat Kawasan Parlimen Kimanis di Pekan Lama Kimanis 31 Mei, Datuk Peter Anthony, YB Junz Wong dan YB Terence Siambun bergegas ke Hongkod Koisaan, Penampang dan meraikan bersama Kaamatan dengan orang ramai dan kalangan kenamaan lain.
YB Terence Siambun, Datuk Joniston Bangkuai, Datuk Peter Anthony, YB Junz Wong dan OKK William Majimbun
Mereka sempat mengunjungi Hamin Penampang dengan menemui Timbalan Presiden KDCA, Datuk Seri Dr Clarence Bongkos Malakun, Baloi Tatana dengan menemui Adun Kuala Penyu, YB Limus Jury dan Rumah Lotud dengan menemui Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Perhubungan Parti Gerakan, Datuk Gordon Leong.
Datuk Peter Anthony dan YB Junz Wong bersama para penyokong Warisan di Hongkod Koisaan
YB Junz Wong membisikkan sesuatu kepada Datuk Peter Anthony ketika ramah mesra Kaamatan di KDCA

Wednesday 31 May 2017

Bersatu menangkan Warisan, sokong siapa juga calon

Bekerja untuk kemenangan Warisan, elak berebut jadi calon



PERTAMA yang harus kita tanya diri, mahu MENANG atau KALAH. Sekadar menang satu dua kerusi tidak memerintah itu sia-sia saja. WARISAN kena menangi lebih 30 kerusi atau 45 kerusi lebih untuk menggubal undang-undang di DUN nanti.

Kalau sekadar memang kerusi  BINGKOR sahaja, itu tidak membawa makna malah BN terus kuasai dan rakyat sama bakal terseksa juga nanti. Saya melihat melalui nota-nota di facebook dan grup-grup WHATSAPP rata-rata ada sebahagian ahli WARISAN bersikap negatif dan lebih utamakan individu banding kemenangan parti.

"Kalau si anu dipilih calon, pasti kalah dan lebih baik mengundi parti lain". Kenyataan seperti ini bukan membawa kebaikan sebalik menjadi VIRUS bahaya sebab boleh merosakkan parti.

DS Shafie Apdal berulang kali menyatakan, semua orang mesti berkerja dulu dan dekati rakyat, tubuh sebanyak mungkin cawangan dan tarik seramai mungkin ahli dan soal calon itu difikirkan kemudian tak perlu diuar-uarkan.

Ada juga yang berkata konon buat apa berbelanja, kalau tidak dijadikan calon dan orang semacam ini  sebaiknya menubuhkan parti sendiri, pilih keluarga sebagai ahli dan pasti akan menjadi calon di PRU14.

Ada yang bercakap banyak konon dialah mempunyai banyak cawangan dan kemudian ada sekitar 2000 ahli sedang satu cawangan tidak punya. Kalau memang ada sila daftarkan di ibu pejabat dan kita teliti berapa orang sebenarnya yang mereka punya.

Ada lagi yang mengatakan, kalau bukan orang sendiri dipilih jadi calon, maka mereka akan undi parti lain seperti PAS atau UMNO dan orang semacam ini sama juga perosak parti dan tidak harus ada dalam parti.

Kita khuatir mereka yang tidak berpendirian ini bila menang akan melompat ke parti lain dan menjual diri kepada BN atau  boleh dibeli dengan nilai sejuta atau lebih sebab dana 2.6  bilion milik M01 masih banyak dalam simpanan.

Sabah ini sudah diperintah oleh parti dan pemimpin KORUP dan kesannya Sabahan cukup menderita kesan kena tipu selama ini.

Sepatut rakyat Sabah ketepikan dulu soal kepentingan peribadi yang beriya mahu jadi YB dan jadi menteri dan sekarang masanya semua BERSATU ketepikan agenda peribadi dan sama-sama perjuangkan parti WARISAN untuk tumbangkan Barisan Nasional dan ini lebih utama.

Kita tak kesah siapa saja diangkat jadi calon asal layak dan punya wibawa untuk memimpin dan harus jenis yang siap berkorban wang ringgit bukan yang menunggu rezeki masuk ke mulut.

Memang duit itu bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit dan parti harus digerakkan dengan cara turun ke halaman bukan hanya sibuk di laman sosial dan itu sebab DS Shafie Apdal mahukan pergerakan rumah ke rumah setelah Jelajah dan Bicara Presiden selesai di beberapa lokasi.

Untuk memang semua kena bersatu, bergerak sama dan hindarkan sikap buruk memburukkan sesama dan mesti bergerak serentak dan visi warisan mesti satu iaitu TUMBANGKAN BN dan mahukan WARISAN memerintah.

"Ahli-ahli tidak perlu berebutan jawatan atau mahu jadi calon dan yang diutamakan ialah kemenangan dan bila menang dan memerintah maka tiada siapa yang ditinggalkan," itulah kenyataan DS Shafie yang selalu ia ucapkan.

Nah, kepada semua ahli warisan kena ingat dan cuba bayangkan bagaimana nanti setelah PRU14, BN terus memerintah dan semuanya akan berputih mata. Bayangkan jika ini terjadi.

NURLIYANA ABDULLAH

30/5/2017

Dr Jeffrey anti Warisan pro Umno-BN

Kebencian Dr Jeffrey kepada Warisan hanya memperkuat Umno-BN

 
Dr Jeffrey pemimpin pembangkang mesra Umno-BN
BICARA Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal di Benoni, Papar beserta program sama dihadiri Timbalan Presiden, YB Darell Leiking di Tambulion, Kota Belud 13 Mei lalu telah membawa mesej jelas.
Dalam dua sesi itu, YB Darell mengajak penyokong Warisan mengamalkan ‘hubungan baik sesama pembangkang’ untuk melawan Barisan Nasional (BN). Datuk Seri Shafie pula menegaskan parti Warisan sama sekali tidak bernaung di bawah gabungan politik bekas PM Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
YB Darell mengajak semua pendukung perjuangan Parti Warisan agar berbaik-baik dengan sesama penyokong parti pembangkang untuk satu tujuan iaitu ‘Mendirikan Kerajaan Baharu’ menggantikan BN yang kleptokrasi.
Datuk Seri Shafie menegaskan Kerajaan Baharu Warisan akan menuntut royalti lebih besar dari kerajaan pusat selepas PRU14. Sebab itu sejak awal penubuhan Warisan, parti itu sama sekali tidak memiliki ikatan dengan mana-mana parti di semenanjung.
“Namun kita tidak menentang perjuangan parti-parti yang mahu menumbangkan Umno-BN,” kata beliau.
Akan tetapi, lain bunyinya reaksi yang keluar dari kenyataan pemimpin pembangkang lain. Penegasan Datuk Seri Shafie dan YB Darell disambut Presiden Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dengan nada yang berlawanan. Jeffrey secara lantang mengajak para penyokongnya membenci Parti Warisan.
Jeffrey menuduh Warisan sebagai proksi ‘Agenda Malaya’ Tun Dr Mahathir. Jeffrey menegaskan ‘Agenda Malaya’ harus dilawan dengan ‘Agenda Borneo’ yang diperjuangkannya. Jeffrey tidak menerima konsep ‘mesra sesama pembangkang’ yang dihulurkan parti Warisan.
Jeffrey bertegas meminta penyokongnya menolak Warisan kerana menurutnya Warisan sebagai proksi ‘Agenda Malaya’ hanya bertujuan menindas rakyat Sabah dan mengaut kekayaan Sabah. Jeffrey meletakkan Warisan sebagai musuh ‘Agenda Borneo’, walau hakikatnya Warisan memperjuangkan ‘Agenda Hak Rakyat Sabah’.
Jeffrey begitu yakin mampu memperjuangkan ‘Agenda Borneo’. Namun hakikatnya, sejak sekian lama, Jeffrey tidak pernah menang suara mejoriti di luar  lingkungan Bingkor, Keningau, Tambunan untuk mewakili suara rakyat.
Jeffrey melancarkan permusuhan ke atas parti Warisan, meski dia sedar rasa kebenciannya kepada Warisan hanya melemahkan perjuangan partinya untuk menjayakan ‘Agenda Borneo’.
Jeffrey terus menyerang Warisan meski beliau tahu serangan itu hanya menguntungkan BN. Serangannya hanya melemahkan kekuatan pembangkang. Sepatutnya bukan itu yang Jeffrey mahu.
Ataukah memang Jeffrey sengaja mahu memusuhi Warisan demi mengekalkan kekuasaan BN?
Itukah barangkali tugas yang Jeffrey dapat hasil pertemuan dengan PM Najib Razak di Putrajaya?
Itu jugakah hasil perbincangan berterusan Jeffrey dengan Datuk Anifah Aman di Kota Kinabalu?
Itu jugakah penyebab tindakan sulitnya bersendirian mengemuka cadangan otonomi Sabah kepada Datuk Teo Chee Kang dengan membelakangi rakan-rakan dalam GS?
Itukah juga yang mendorong Jeffrey menulis surat kepada Speaker DUN Sabah yang membelakangi kepentingan wakil-wakil pembangkang dalam DUN?
Jeffrey menambah, “perpecahan dalam Gabungan Sabah adalah angkara parti Warisan sehingga menyebabkan Parti Cinta Sabah (PCS) meninggalkan gabungan itu”.
Dr Jeffrey dalam mesyuarat bersama pemimpin Umno-BN
Sampai begini sekali rasa benci Jeffrey kepada Warisan. Tidak cukup tuduh Warisan proksi Tun Dr Mahathir, tuduh lagi Warisan penyebab PCS tinggalkan Gabungan Sabah yang diasaskannya.
Jika demikian gerak-geri Jeffrey, bagaimanakah Warisan boleh mengharap sumbangannya dalam pembangkang?
Oleh sebab itu, Warisan hanya ada satu pilihan. Warisan perlu bergerak terus dengan segala kekuatan yang ada. Warisan akan melangkah terus dengan segala kudratnya membawa angin perubahan mengubah Sabah, memperjuangkan hak rakyat Sabah.
Warisan tidak dapat menunggu Jeffrey menyambut salam persahabatan untuk bersama-sama memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah. Meski bersendirian, sudah terbukti, Warisan telah berjaya mendesak PM Najib menyemak balik dasar kabotaj. Warisan juga berhasil mendesak PM Najib menyemak balik pemilikan rumah PPR di Sabah.
Seterusnya
Warisan memperjuangkan peningkatan royalti minyak. Warisan akan bersendirian memberi kata dua kepada Persekutuan.
Warisan akan memberi pilihan kepada kerajaan persekutuan. Bersetuju memberi 20 peratus royalti minyak kepada Sabah atau menyerahkan 80 peratus hak milik minyak kepada Sabah?
Warisan akan terus melangkah memperkenal penubuhan Kementerian Pelajaran Sabah. Warisan akan terus dengan agenda mendirikan kolej-kolej perindustrian bagi melatih golongan belia bekerja di pelbagai sektor perindustrian yang bakal diwujudkan oleh parti Warisan.
Warisan akan terus melangkah menstrukturkan sumber dan hasil Yayasan Sabah untuk membangun Sabah demi manfaat rakyat Sabah. Warisan akan terus bergerak gagah memperjuangkan hak tanah penduduk dengan memansuhkan ‘geran komunal’.
Warisan akan terus memperjuang pengambilan balik tanah kosong Felda untuk manfaat rakyat yang belum memiliki tanah. Warisan akan memperjuangkan pengeluaran kad pengenalan bagi penduduk tulen Sabah.
Warisan akan menuntut Pulau Labuan dikembalikan ke bawah pentadbiran Negeri Sabah. Warisan akan terus memastikan pelabuhan Kudat dimajukan dan pelabuah Labuan diperkembangkan.

Untuk memperjuangkan ‘Agenda Rakyat Sabah’ yang disebutkan, Warisan memerlukan rakan seperjuangan yang benar-benar mahu menumbangkan Umno-BN untuk mendirikan kerajaan Sabah pro-rakyat. End

Warisan mampu ubah Sabah bawah pimpinan Shafie, Darell

Shafie, Darell gandingan mantap ubah Sabah, kata Peter

Shafie dan Darell ketika majlis amal Kaamatan Warisan di Kota Kinabalu
KIMANIS: Parti Warisan Sabah (Warisan) berupaya membawa perubahan kepada Sabah di bawah gandingan mantap presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan timbalan presiden, YB Darell Leiking.
Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony berkata perubahan yang menjadi agenda Warisan ialah berlaku adil kepada semua kaum tanpa mengira anutan agama dan latar belakang keturunan.
“Parti Warisan Sabah akan mengutamakan kepentingan rakyat Sabah untuk mencapai kemakmuran bersama serta mengagihkan secara saksama peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan kepada semua orang Sabah,” kata Peter.

Kaamatan simbol kesyukuran rezeki tuaian
Peter yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah menambah, apabila Warisan membentuk kerajaan baharu negeri Sabah selepas PRU14, para pemimpin KDM dalam parti itu tidak akan mengkhianati kepentingan semua kaum termasuk kepentingan masyarakat KDM.
Peter menyatakan demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Kawasan Parlimen Kimanis bertemakan ‘Manampasi Tinungkusan KDM’ yang telah diadakan di Pekan Lama Kimanis 31 Mei 2017.

Datuk Peter Anthony bersama tetamu kehormat dan sebahagian hadirin Kaamatan Kimanis
Turut hadir Naib Presiden Warisan, YB Junz Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas dan Bendahari Warisan, YB Terence Siambun yang juga Adun Moyog.
Sebahagian tetamu yang hadir Kaamatan Kimanis
Menurut Peter, Kaamatan adalah warisan tradisi budaya etnik Sabah yang perlu dirayakan bagi meneruskan amalan nenek-moyang dan disambut tanpa mengira anutan agama.
“Masyarakat KDM berhak menyambut Kaamatan di manapun juga dan sambutan itu dirayakan dalam semangat perpaduan bagi merealisasikan kesyukuran dengan meraikan bersama rezeki yang diperoleh,” katanya.
Peter mengajak semua pihak untuk memperkukuhkan semangat perpaduan dan bersatu padu menghadapi PRU14 untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN.

Datuk Peter Anthony bersama YB Junz di Kaamatan Kimanis

YB Junz dan YB Terence bersama sebahagian hadirin

Ukim Buandi (kiri) dan rombongan dari Tenom di Kaamatan Kimanis




Monday 29 May 2017

Wirawati Warisan Tenom

Perjumpaan Mengukuh Gerakan


Christine Taikong (tengah) Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah Tenom mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbi wirawati dari pelbagai Pusat Daerah Mengundi Kawasan Parlimen Tenom hari ini, 29 Mei 2017

Mengapa Saya Ikut Warisan? ujar Crispin Datuk Kitingan

Mengapa saya ikut Warisan dan bukan STAR, PBS?

ujar Crispin Datuk Kitingan

Crispin Kitingan di Kg Salimpodon, Pitas
SALIMPODON (Pitas): Saya ada dua abang yang aktif dalam politik dan semua orang tahu itu.
“Dulu ramai orang Tanya, kenapa saya tidak ceburi politik. Saya jawab, cukuplah dengan dua abang saya,” kata Crispin Datuk Kitingan ketika menyertai rombongan Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, YB Darell Leiking menemui penyokong di Kg Salimpodon, Pitas baru-baru ini.
Crispin pesara pegawai kanan pengurusan tertinggi Safoda menjelaskan, sekarang saya melibatkan diri dalam politik kerana terpanggil untuk turut sama memperjuangkan kehendak rakyat.
Saya tidak menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan abang saya (Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan) kerana parti itu kini sudah tersasar jauh dari landasan asal perjuangannya.
Sekarang PBS tidak berkuasa lagi dan keberadaannya dalam kerajaan hanya pelengkap korum kepada Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno.
Saya juga tidak menyertai STAR pimpinan abang saya yang seorang lagi (Datuk Dr Jeffrey Kitingan) kerana Gabungan Sabah yang dipimpinnya berdiri di atas platform yang rapuh.
“Gabungan Sabah tidak berkemampuan menghalau Umno-BN dari Sabah,” kata Crispin.
Crispin yakin Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dianggotainya kini di bawah pimpinan Presiden YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mampu memperjuangkan kehendak rakyat keseluruhan dengan adil dan saksama.

Crispin Kitingan menyerahkan borang keahlian Warisan kepada Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal




Kaamatan Warisan Kita

Hargai warisan seni etnik demi kemajuan negeri

kata Datuk Peter Anthony



Datuk Peter Anthony melancarkan buku biografi seni Ambrose Mudi
ETNIK Sabah khususnya kalangan masyarakat Kadazandusun Murut sinonim dengan seni suara. Di mana-mana kita temui mereka, boleh dikatakan lebih 90 peratus di kalangan mereka pandai menyanyi.
Justeru, generasi kita haruslah menghargai sejarah seni berbilang etnik di negeri ini. Dengan menghargai perjuangan seni kalangan seniman terdahulu, kita berharap generasi baru memahami latar belakang seni warisan mereka.
Melalui pemahaman pelbagai usaha yang telah dirintis seniman terdahulu, kita berharap kesenian di negeri ini dapat menyumbang kepada perkembangan peningkatan sumber manusia dan pembangunan ekonomi negeri ini.
Demikian antara lain petikan ucapan Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony ketika melancarkan buku biografi ‘Ambrose Mudi: Pelopor Seni Muzik dan Seni Suara Etnik Sabah’.
Pelancaran 29 April 2017 itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pengisian sempena Kaamatan Piolungan: Pamilaan, Ulu Tipoh dan Pangalat Tenom di Homestay Piolungan Wasai.

 Datuk Peter Anthony bersama sebahagian tetamu Kaamatan Piolungan 2017 anjuran KDM Malaysia
Turut hadir, tiga anak Ambrose Mudi terdiri daripada Allen Max, Kandawai, Sunsulit dan adik-beradik serta isteri mendiang.
Buku 94 halaman yang dihasilkan penulis itu mengisahkan perjalanan seni selama hayat Ambrose Mudi yang bermula sejak kecil sehingga akhir hayat. Buku itu mengandungi 29 bab dengan memuatkan pelbagai gambar mendiang dalam aksi seniman, guru, tokoh muzik dan penyanyi yang unggul.
Buku itu dengan penuh yakin memberi kesimpulan bahawa Ambrose Mudi merupakan pelopor pembangunan seni muzik dan seni suara di kalangan masyarakat Kadazandusun dan etnik-etnik lain di Sabah.
Kesimpulan itu dibuat berdasarkan kepada legasi kesenian Ambrose Mudi. Bahawa melalui tunjuk ajar Ambrose, lahir John Gaisah (Datuk) sebagai seniman tersohor Sabah yang kemudian berkerjaya sepenuh masa sebagai penyanyi.
Kajian dan bimbingan Ambrose mengenai seni muzik tradisional berasaskan bambu memperoleh pelbagai pengiktirafan di dalam negeri dan persidangan antarabangsa. Hasil seni irama suling berita keluarga yang dihasilkan dari bimbingan Ambrose masih kekal dalam khazanah radio sehingga kini.
Inisiatif Ambrose memperkenalkan ‘Bintang Kaamatan’ masih gah sehingga saat ini dengan nama ‘Sugandoi Kaamatan’.
Ambrose juga adalah tokohnya yang telah memasukkan pelbagai elemen muzik tradisi etnik Sabah dalam kurikulum pendidikan seni muzik di sekolah-sekolah di Malaysia.
ALLEN Ambrose Mudi menyampaikan naskah buku kepada Peter (kiri)
Malahan lagu-lagu ciptaan Ambrose seperti ‘Nung Noilaan Ku’ telah dinyanyikan begitu ramai penyanyi solo dan berkumpulan yang kemudian berjaya mengangkat populariti kalangan penyanyi itu.
Ketika memberikan sambutan mengenai buku itu, Allen Max menjelaskan dirinya dalam usia menjelang 30 tahun sekarang amat rapat dengan mendiang ketika hayat ayah mereka.
“Meski saya belum dilahirkan ketika mendiang bapa kami berada di puncak popular, malahan ketika bapa mengikuti pengajian muzik di Amerika, namun saya telah bersama bapa selain ibu dan adik-beradik selama saya membesar,” kata Allen Max yang kini bekerja di KupiKupi FM.
Allen merupakan penyanyi kepada lagu ciptaan ayahnya ‘Kopi Tenom Dulu’ yang meraih kejuaraan sempena Pesta Kopi Tenom 2014. Dalam bidang kerjaya, Allen turut menjejaki perjalanan seni ayahnya dengan mengambil pengajian kejuruteraan rakaman.
Turut mengiringi pelancaran itu ialah persembahan nyanyian dari Sunsulit dan penampilan kumpulan sompoton yang diketuai Kandawai.
Terdahulu, ketika mengalu-alukan hadirin, pengerusi penganjur Kaamatan Piolungan, Pairin Cyprian Valentine melahirkan penghargaan kerana pelancaran buku itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada aturcara Kaamatan yang dipengerusikannya.
Pairin menyifatkan pelancaran buku itu sebagai sebahagian daripada tuaian di samping hasil tanaman dan ternakan golongan petani.
Pelbagai aktiviti dijalankan sempena Kaamatan Piolungan yang meliputi sukaneka, kesenian, hidangan tradisi dan persembahan pentas. Bersambung ke siri II.
Datuk Peter Anthony tiba untuk merasmikan Kaamatan PDM Pamilaan Tenom



Blog Warisankita fokus pedalaman

Warisankita Fokus Pedalaman



Salam semua pendukung perjuangan Parti Warisan Sabah,

Ruangan ini memaparkan aktiviti para pemimpin di kawasan pedalaman meliputi kawasan Parlimen Keningau, Pensiangan dan Tenom. Ruangan ini juga menyalurkan berita-berita semasa di peringkat negeri dan negara untuk pengetahuan umum.

MUDI DUBING
Ketua Penyelaras Parti Warisan Sabah,
Bahagian Tulid
Merangkap Naib Presiden KDM Malaysia

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...