Wednesday 31 May 2017

Bersatu menangkan Warisan, sokong siapa juga calon

Bekerja untuk kemenangan Warisan, elak berebut jadi calon



PERTAMA yang harus kita tanya diri, mahu MENANG atau KALAH. Sekadar menang satu dua kerusi tidak memerintah itu sia-sia saja. WARISAN kena menangi lebih 30 kerusi atau 45 kerusi lebih untuk menggubal undang-undang di DUN nanti.

Kalau sekadar memang kerusi  BINGKOR sahaja, itu tidak membawa makna malah BN terus kuasai dan rakyat sama bakal terseksa juga nanti. Saya melihat melalui nota-nota di facebook dan grup-grup WHATSAPP rata-rata ada sebahagian ahli WARISAN bersikap negatif dan lebih utamakan individu banding kemenangan parti.

"Kalau si anu dipilih calon, pasti kalah dan lebih baik mengundi parti lain". Kenyataan seperti ini bukan membawa kebaikan sebalik menjadi VIRUS bahaya sebab boleh merosakkan parti.

DS Shafie Apdal berulang kali menyatakan, semua orang mesti berkerja dulu dan dekati rakyat, tubuh sebanyak mungkin cawangan dan tarik seramai mungkin ahli dan soal calon itu difikirkan kemudian tak perlu diuar-uarkan.

Ada juga yang berkata konon buat apa berbelanja, kalau tidak dijadikan calon dan orang semacam ini  sebaiknya menubuhkan parti sendiri, pilih keluarga sebagai ahli dan pasti akan menjadi calon di PRU14.

Ada yang bercakap banyak konon dialah mempunyai banyak cawangan dan kemudian ada sekitar 2000 ahli sedang satu cawangan tidak punya. Kalau memang ada sila daftarkan di ibu pejabat dan kita teliti berapa orang sebenarnya yang mereka punya.

Ada lagi yang mengatakan, kalau bukan orang sendiri dipilih jadi calon, maka mereka akan undi parti lain seperti PAS atau UMNO dan orang semacam ini sama juga perosak parti dan tidak harus ada dalam parti.

Kita khuatir mereka yang tidak berpendirian ini bila menang akan melompat ke parti lain dan menjual diri kepada BN atau  boleh dibeli dengan nilai sejuta atau lebih sebab dana 2.6  bilion milik M01 masih banyak dalam simpanan.

Sabah ini sudah diperintah oleh parti dan pemimpin KORUP dan kesannya Sabahan cukup menderita kesan kena tipu selama ini.

Sepatut rakyat Sabah ketepikan dulu soal kepentingan peribadi yang beriya mahu jadi YB dan jadi menteri dan sekarang masanya semua BERSATU ketepikan agenda peribadi dan sama-sama perjuangkan parti WARISAN untuk tumbangkan Barisan Nasional dan ini lebih utama.

Kita tak kesah siapa saja diangkat jadi calon asal layak dan punya wibawa untuk memimpin dan harus jenis yang siap berkorban wang ringgit bukan yang menunggu rezeki masuk ke mulut.

Memang duit itu bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit dan parti harus digerakkan dengan cara turun ke halaman bukan hanya sibuk di laman sosial dan itu sebab DS Shafie Apdal mahukan pergerakan rumah ke rumah setelah Jelajah dan Bicara Presiden selesai di beberapa lokasi.

Untuk memang semua kena bersatu, bergerak sama dan hindarkan sikap buruk memburukkan sesama dan mesti bergerak serentak dan visi warisan mesti satu iaitu TUMBANGKAN BN dan mahukan WARISAN memerintah.

"Ahli-ahli tidak perlu berebutan jawatan atau mahu jadi calon dan yang diutamakan ialah kemenangan dan bila menang dan memerintah maka tiada siapa yang ditinggalkan," itulah kenyataan DS Shafie yang selalu ia ucapkan.

Nah, kepada semua ahli warisan kena ingat dan cuba bayangkan bagaimana nanti setelah PRU14, BN terus memerintah dan semuanya akan berputih mata. Bayangkan jika ini terjadi.

NURLIYANA ABDULLAH

30/5/2017

No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...