Wednesday 31 May 2017

Warisan mampu ubah Sabah bawah pimpinan Shafie, Darell

Shafie, Darell gandingan mantap ubah Sabah, kata Peter

Shafie dan Darell ketika majlis amal Kaamatan Warisan di Kota Kinabalu
KIMANIS: Parti Warisan Sabah (Warisan) berupaya membawa perubahan kepada Sabah di bawah gandingan mantap presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan timbalan presiden, YB Darell Leiking.
Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony berkata perubahan yang menjadi agenda Warisan ialah berlaku adil kepada semua kaum tanpa mengira anutan agama dan latar belakang keturunan.
“Parti Warisan Sabah akan mengutamakan kepentingan rakyat Sabah untuk mencapai kemakmuran bersama serta mengagihkan secara saksama peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan kepada semua orang Sabah,” kata Peter.

Kaamatan simbol kesyukuran rezeki tuaian
Peter yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah menambah, apabila Warisan membentuk kerajaan baharu negeri Sabah selepas PRU14, para pemimpin KDM dalam parti itu tidak akan mengkhianati kepentingan semua kaum termasuk kepentingan masyarakat KDM.
Peter menyatakan demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Kawasan Parlimen Kimanis bertemakan ‘Manampasi Tinungkusan KDM’ yang telah diadakan di Pekan Lama Kimanis 31 Mei 2017.

Datuk Peter Anthony bersama tetamu kehormat dan sebahagian hadirin Kaamatan Kimanis
Turut hadir Naib Presiden Warisan, YB Junz Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas dan Bendahari Warisan, YB Terence Siambun yang juga Adun Moyog.
Sebahagian tetamu yang hadir Kaamatan Kimanis
Menurut Peter, Kaamatan adalah warisan tradisi budaya etnik Sabah yang perlu dirayakan bagi meneruskan amalan nenek-moyang dan disambut tanpa mengira anutan agama.
“Masyarakat KDM berhak menyambut Kaamatan di manapun juga dan sambutan itu dirayakan dalam semangat perpaduan bagi merealisasikan kesyukuran dengan meraikan bersama rezeki yang diperoleh,” katanya.
Peter mengajak semua pihak untuk memperkukuhkan semangat perpaduan dan bersatu padu menghadapi PRU14 untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN.

Datuk Peter Anthony bersama YB Junz di Kaamatan Kimanis

YB Junz dan YB Terence bersama sebahagian hadirin

Ukim Buandi (kiri) dan rombongan dari Tenom di Kaamatan Kimanis




No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...