Thursday 1 June 2017

Pemimpin Warisan sambut Kaamatan Bersama

Pucuk pimpinan Warisan sambut Kaamatan secara harmoni bersama pemimpin pelbagai parti

 
Datuk Peter Anthony, YB Junz Wong bersama Datuk Wilfred Madius Tangau
PARTI Warisan Sabah (Warisan) mengutamakan keharmonian dalam melestarikan warisan tradisi pelbagai etnik negeri ini sejajar dengan orientasi perjuangan parti itu yang berlandaskan kepentingan semua kaum sesama rakyat Sabah, Malaysia.
Keharmonian itu jelas ketika sambutan Kaamatan 2017 di mana selain mengadakan Kaamatan anjuran parti, para pemimpin Warisan turut mengunjungi Kaamatan rasmi di Hongkod Koisaan, Penampang sepanjang Mei lalu.
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sepanjang Mei telah mengunjungi pelbagai tempat di negeri ini untuk merasmikan Pesta Kaamatan.
Sementara Timbalan Presiden, YB Darell Leiking, Naib-Naib Presiden; Datuk Peter Anthony, YB Junz Wong, Setiausaha Agung, Loretto S. Padua Jr dan Bendahari Agung, YB Terence Siambun mengunjungi Kaamatan rasmi di KDCA, Penampang 30-31 Mei.
Dari kanan YB Limus Jury, YB Junz Wong, Datuk Peter Anthony dan Datuk Gordon Leong
Semua pemimpin utama Parti Warisan itu menemui orang ramai, beramah mesra dengan para pemimpin kerajaan dan parti pembangkang lain untuk menyampaikan mesej keharmonian, merealisasi kesyukuran bersama hasil tuaian sepanjang musim lalu.
Menjelang petang selepas sambutan Kaamatan Peringkat Kawasan Parlimen Kimanis di Pekan Lama Kimanis 31 Mei, Datuk Peter Anthony, YB Junz Wong dan YB Terence Siambun bergegas ke Hongkod Koisaan, Penampang dan meraikan bersama Kaamatan dengan orang ramai dan kalangan kenamaan lain.
YB Terence Siambun, Datuk Joniston Bangkuai, Datuk Peter Anthony, YB Junz Wong dan OKK William Majimbun
Mereka sempat mengunjungi Hamin Penampang dengan menemui Timbalan Presiden KDCA, Datuk Seri Dr Clarence Bongkos Malakun, Baloi Tatana dengan menemui Adun Kuala Penyu, YB Limus Jury dan Rumah Lotud dengan menemui Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Perhubungan Parti Gerakan, Datuk Gordon Leong.
Datuk Peter Anthony dan YB Junz Wong bersama para penyokong Warisan di Hongkod Koisaan
YB Junz Wong membisikkan sesuatu kepada Datuk Peter Anthony ketika ramah mesra Kaamatan di KDCA

No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...