Wednesday 31 May 2017

Dr Jeffrey anti Warisan pro Umno-BN

Kebencian Dr Jeffrey kepada Warisan hanya memperkuat Umno-BN

 
Dr Jeffrey pemimpin pembangkang mesra Umno-BN
BICARA Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal di Benoni, Papar beserta program sama dihadiri Timbalan Presiden, YB Darell Leiking di Tambulion, Kota Belud 13 Mei lalu telah membawa mesej jelas.
Dalam dua sesi itu, YB Darell mengajak penyokong Warisan mengamalkan ‘hubungan baik sesama pembangkang’ untuk melawan Barisan Nasional (BN). Datuk Seri Shafie pula menegaskan parti Warisan sama sekali tidak bernaung di bawah gabungan politik bekas PM Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
YB Darell mengajak semua pendukung perjuangan Parti Warisan agar berbaik-baik dengan sesama penyokong parti pembangkang untuk satu tujuan iaitu ‘Mendirikan Kerajaan Baharu’ menggantikan BN yang kleptokrasi.
Datuk Seri Shafie menegaskan Kerajaan Baharu Warisan akan menuntut royalti lebih besar dari kerajaan pusat selepas PRU14. Sebab itu sejak awal penubuhan Warisan, parti itu sama sekali tidak memiliki ikatan dengan mana-mana parti di semenanjung.
“Namun kita tidak menentang perjuangan parti-parti yang mahu menumbangkan Umno-BN,” kata beliau.
Akan tetapi, lain bunyinya reaksi yang keluar dari kenyataan pemimpin pembangkang lain. Penegasan Datuk Seri Shafie dan YB Darell disambut Presiden Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dengan nada yang berlawanan. Jeffrey secara lantang mengajak para penyokongnya membenci Parti Warisan.
Jeffrey menuduh Warisan sebagai proksi ‘Agenda Malaya’ Tun Dr Mahathir. Jeffrey menegaskan ‘Agenda Malaya’ harus dilawan dengan ‘Agenda Borneo’ yang diperjuangkannya. Jeffrey tidak menerima konsep ‘mesra sesama pembangkang’ yang dihulurkan parti Warisan.
Jeffrey bertegas meminta penyokongnya menolak Warisan kerana menurutnya Warisan sebagai proksi ‘Agenda Malaya’ hanya bertujuan menindas rakyat Sabah dan mengaut kekayaan Sabah. Jeffrey meletakkan Warisan sebagai musuh ‘Agenda Borneo’, walau hakikatnya Warisan memperjuangkan ‘Agenda Hak Rakyat Sabah’.
Jeffrey begitu yakin mampu memperjuangkan ‘Agenda Borneo’. Namun hakikatnya, sejak sekian lama, Jeffrey tidak pernah menang suara mejoriti di luar  lingkungan Bingkor, Keningau, Tambunan untuk mewakili suara rakyat.
Jeffrey melancarkan permusuhan ke atas parti Warisan, meski dia sedar rasa kebenciannya kepada Warisan hanya melemahkan perjuangan partinya untuk menjayakan ‘Agenda Borneo’.
Jeffrey terus menyerang Warisan meski beliau tahu serangan itu hanya menguntungkan BN. Serangannya hanya melemahkan kekuatan pembangkang. Sepatutnya bukan itu yang Jeffrey mahu.
Ataukah memang Jeffrey sengaja mahu memusuhi Warisan demi mengekalkan kekuasaan BN?
Itukah barangkali tugas yang Jeffrey dapat hasil pertemuan dengan PM Najib Razak di Putrajaya?
Itu jugakah hasil perbincangan berterusan Jeffrey dengan Datuk Anifah Aman di Kota Kinabalu?
Itu jugakah penyebab tindakan sulitnya bersendirian mengemuka cadangan otonomi Sabah kepada Datuk Teo Chee Kang dengan membelakangi rakan-rakan dalam GS?
Itukah juga yang mendorong Jeffrey menulis surat kepada Speaker DUN Sabah yang membelakangi kepentingan wakil-wakil pembangkang dalam DUN?
Jeffrey menambah, “perpecahan dalam Gabungan Sabah adalah angkara parti Warisan sehingga menyebabkan Parti Cinta Sabah (PCS) meninggalkan gabungan itu”.
Dr Jeffrey dalam mesyuarat bersama pemimpin Umno-BN
Sampai begini sekali rasa benci Jeffrey kepada Warisan. Tidak cukup tuduh Warisan proksi Tun Dr Mahathir, tuduh lagi Warisan penyebab PCS tinggalkan Gabungan Sabah yang diasaskannya.
Jika demikian gerak-geri Jeffrey, bagaimanakah Warisan boleh mengharap sumbangannya dalam pembangkang?
Oleh sebab itu, Warisan hanya ada satu pilihan. Warisan perlu bergerak terus dengan segala kekuatan yang ada. Warisan akan melangkah terus dengan segala kudratnya membawa angin perubahan mengubah Sabah, memperjuangkan hak rakyat Sabah.
Warisan tidak dapat menunggu Jeffrey menyambut salam persahabatan untuk bersama-sama memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah. Meski bersendirian, sudah terbukti, Warisan telah berjaya mendesak PM Najib menyemak balik dasar kabotaj. Warisan juga berhasil mendesak PM Najib menyemak balik pemilikan rumah PPR di Sabah.
Seterusnya
Warisan memperjuangkan peningkatan royalti minyak. Warisan akan bersendirian memberi kata dua kepada Persekutuan.
Warisan akan memberi pilihan kepada kerajaan persekutuan. Bersetuju memberi 20 peratus royalti minyak kepada Sabah atau menyerahkan 80 peratus hak milik minyak kepada Sabah?
Warisan akan terus melangkah memperkenal penubuhan Kementerian Pelajaran Sabah. Warisan akan terus dengan agenda mendirikan kolej-kolej perindustrian bagi melatih golongan belia bekerja di pelbagai sektor perindustrian yang bakal diwujudkan oleh parti Warisan.
Warisan akan terus melangkah menstrukturkan sumber dan hasil Yayasan Sabah untuk membangun Sabah demi manfaat rakyat Sabah. Warisan akan terus bergerak gagah memperjuangkan hak tanah penduduk dengan memansuhkan ‘geran komunal’.
Warisan akan terus memperjuang pengambilan balik tanah kosong Felda untuk manfaat rakyat yang belum memiliki tanah. Warisan akan memperjuangkan pengeluaran kad pengenalan bagi penduduk tulen Sabah.
Warisan akan menuntut Pulau Labuan dikembalikan ke bawah pentadbiran Negeri Sabah. Warisan akan terus memastikan pelabuhan Kudat dimajukan dan pelabuah Labuan diperkembangkan.

Untuk memperjuangkan ‘Agenda Rakyat Sabah’ yang disebutkan, Warisan memerlukan rakan seperjuangan yang benar-benar mahu menumbangkan Umno-BN untuk mendirikan kerajaan Sabah pro-rakyat. End

No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...