Monday 26 June 2017

Warisan Tenom ziarahi mangsa kebakaran di Kemabong

Warisan hulur simpati kepada mangsa kebakaran di Pamaluyan

Jack menyampaikan sumbangan Datuk Peter Anthony kepada Yanah. Turut serta Donneysius, Ukim dan Nossil
Parti Warisan Sabah (Warisan) Kawasan Parlimen Tenom yang diselaraskan Naib Presiden, Datuk Peter Anthony turut menziarahi mangsa kebakaran rumah di Kg Pamaluyan, Kemabong minggu lalu.
Rombongan dari pejabat parti Warisan Tenom melibatkan Setiausaha Penyelaras, Jack Jatil Junggok, Ketua Penerangan, Ukim Buandi, Penyelaras DUN Melalap, Nossil Basayu dan Penyelaras DUN Kemabong, Donneysius Ansuku menghulurkan sumbangan kepada pemilik rumah, Yanah Ambalau.
Dalam kejadian pagi itu, dua orang melibatkan gadis berumur 20 tahun dan kanak-kanak tiga tahun renting dalam kebakaran umah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Kebakaran rumah di Pamaluyan, Kemabong mengorbankan dua mangsa, gadis dan kanak-kanak.
Dua mangsa itu ditemui pasukan bomba di ruang tamu rumah terbabit selepas api dipadamkan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.08 pagi.
"Dua jentera bersama 16 anggota kemudian tiba di lokasi yang jaraknya 30 kilometer Balai Bomba Tenom pada jam 8.39 pagi.
"Pihak bomba kemudian mengawal kebakaran pada jam 9 pagi dan hasil pemeriksaan mendapati ada mangsa rentung di ruang tamu rumah terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, punca kebakaran dan nilai kerugian akibat kejadian itu kini masih lagi dalam siasatan.
Difahamkan gadis berkenaan sedang menuntut di sebuah kolej di ibu negeri, telah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan.
Manakala kanak-kanak berkenaan, anak buah kepada gadis itu tinggal bersama mereka kerana kedua ibu bapanya bekerja di Malaya.

Gadis yang terkorban dalam kebakaran.
Kanak-kanak yang turut terkorban





No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...