Wednesday 28 June 2017

Why Sabah needs own Ministry of Education?

Sabah needs own ministry of Education: Warisan

Daily Express June 29, 2017
KOTA KINABALU: Sabah needs its own ministry of education to accommodate various functions which cannot be implemented by federal education ministry.
Parti Warisan Sabah Vice President, Datuk Peter Anthony said the failure of the federal education ministry to implement the KDM College in Tambunan is proof that Sabah needs its own education ministry.
“Under the Sabah Education Ministry, Sabah University and various training institutions could be set up, including reviewing needs and suitability of the KDM College establishment,” said Peter.
Peter, who is also KDM Malaysia President, affirmed that ground-breaking for the establishment of KDM College in Tambunan was done before the last election and now after five years, when the next election is just round the corner, the construction of the campus rumoured to have started.
“Sabah people especially Kadazandusun Murut community had high expectations on the ground-breaking of the KDM College done by Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak on August 8, 2012 in Tambunan,” said Peter.
According to Peter, he was made to understand that at the moment a community college was already started by occupying a building around Tambunan town but it is not the KDM College as suggested in terms of courses offered and operational capacity.
Peter believed Warisan would be able to implement the establishment of the KDM College by identifying various skills training to meet the needs of various sectors in the State, including creating a faculty for education, language and social.
“Warisan has an academic panel which has summed up the method to establish Sabah Education Ministry and Sabah University without any significant implications on the state's financial position,” Peter said.
He said the existence of the faculty is highly needed following the closure of Teachers’ Training Institute (IPG) Keningau and is highly demanded by the people to preserve their mother tongue as well as a complete study on Sabah history.

“The faculty can be a centre for various Sabah ethnic languages, Sabah history including Malaysia Agreement 1963, diploma of post graduate education in teaching Kadazandusun language and training for kindergarten teachers in various Sabah ethnic languages,” said Peter.
Harian Ekspress 29 Jun 2017
Utusan Borneo 29 Jun 2017

Sabah perlu kementerian pelajaran tampung pengajian khusus


KOTA KINABALU: Sabah memerlukan Kementerian Pelajaran sendiri bagi menampung pelbagai fungsi yang tidak mampu dilaksanakan kementerian pendidikan persekutuan.
Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony berkata kegagalan penubuhan Kolej KDM di Tambunan merupakan bukti konkrit betapa pentingnya Kerajaan Negeri Sabah memiliki Kementerian Pelajarannya sendiri.
“Di bawah Kementerian Pelajaran Sabah, Universiti Sabah beserta pelbagai institusi latihan dapat diwujudkan termasuk menyemak semula keperluan dan kesesuaian penubuhan Kolej KDM,” kata Peter.
Peter yang juga Presiden KDM Malaysia menegaskan, majlis pecah tanah penubuhan Kolej KDM telah dijalankan menjelang pilihan raya umum (PRU13) dan sepatutnya pada masa sekarang di mana PRU14 tidak lagi sampai setahun, pembinaan kampus kolej itu sudah bermula.
“Rakyat Sabah khususnya masyarakat Kadazandusun Murut telah menaruh harapan tinggi terhadap majlis pecah tanah penubuhan Kolej KDM di Tambunan pada 8 Ogos 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Peter.
Menurut Peter, pihaknya difahamkan sebuah kolej komuniti sudah diwujudkan dengan menumpang bangunan di sekitar Pekan Tambunan, namun kolej itu bukanlah seperti Kolej KDM yang dicadangkan khususnya dalam aspek penawaran kursus dan kapasiti operasional.
Peter yakin Parti Warisan Sabah mampu merealisasikan penubuhan Kolej KDM dengan menyesuaikan bentuk pelatihan kemahiran seiringan keperluan pelbagai sektor di negeri ini termasuk mewujudkan Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Sosial.
“Warisan memiliki sekumpulan panel akademik yang telah merumuskan kaedah pengujudan Kementerian Pelajaran Sabah dan penubuhan Universiti Sabah tanpa membawa implikasi besar terhadap kedudukan kewangan Negeri Sabah,” kata Peter.
Menurut Peter, kewujudan fakulti itu amat diperlukan berikutan penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau di samping melonjaknya permintaan masyarakat Sabah melestarikan bahasa ibunda serta pengajian yang lebih jelas mengenai Sejarah Sabah.
“Fakulti itu boleh menjadi pusat pengajian bahasa pelbagai etnik Sabah, Sejarah Sabah termasuk Perjanjian Malaysia 1963, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Bahasa Kadazandusun dan pelatihan guru-guru Tadika pelbagai bahasa etnik,” kata Peter.

No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...