Tuesday 27 June 2017

Najib bohongi rakyat tubuh Kolej KDM

Cukuplah Najib bohongi kita tubuh Kolej KDM, kata Datuk Peter Anthony

Gambar Fail 08 Ogos 2012
NAJIB Tun Razak (kiri) diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (empat, kiri) dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (tiga, kiri) pada upacara simbolik pecah tanah Kolej Komuniti Kadazandusun Murut di daerah Tambunan, Sabah, baru-baru ini. Turut kelihatan, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (dua, kanan). - UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN
KOTA KINABALU: Dengan tempoh PRU14 tidak sampai setahun dari sekarang, rakyat Sabah khususnya orang-orang Kadazan Dusun Murut (KDM) tidak boleh lagi berharap kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan pengujudan Kolej KDM di Tambunan.
“Majlis pecah tanah dan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 8 Ogos 2012 untuk mewujudkan cadangan penubuhan Kolej KDM di Tambunan telah menjadi bukti konkrit betapa BN tidak bersungguh-sungguh membantu masyarakat KDM,” kata Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony.
DATUK PETER ANTHONY
Peter yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah bertanya, sampai bila masyarakat KDM harus berharap dengan janji-janji BN? Cukuplah dengan segala pembohongan BN selama ini.
“Kita sudah dibohongi dengan RCI pemberian dokumen kepada warga asing di Sabah, kita juga sudah dibohongi kononnya GST tidak menyebabkan kenaikan harga barang-barang,” kata Peter.
Sekarang ini kata Peter, rakyat Sabah sedang dibohongi dengan pengecualian dasar kabotaj dan pembatalan cukai GST bagi sejumlah barangan.
“Bolehkah kita percaya, kerajaan BN akan menepati janji kekal pengecualian dasar kabotaj? Kekal pembatalan cukai GST bagi sejumlah barangan selepas PRU14?,” ujar Peter.
Menurut Peter, Parti Warisan Sabah mempunyai mekanisme untuk mengatasi pembohongan RCI dengan memperkenalkan Kad Pengenalan Rakyat Sabah.
“Warisan juga menyokong pembatalan atau kajian semula GST dan mengekalkan pengecualian dasar kabotaj bagi Sabah dan Sarawak,” kata Peter.
Mengenai Kolej KDM, Peter yakin Parti Warisan Sabah mampu meneruskan impian itu di bawah dasar baharu mandat rakyat Sabah memperkenalkan Kementerian Pelajaran Sabah dan penubuhan Universiti Sabah.
“Warisan memiliki sekumpulan panel akademik yang telah merumuskan kaedah pengujudan Kementerian Pelajaran Sabah dan penubuhan Universiti Sabah tanpa membawa implikasi besar terhadap kedudukan kewangan Negeri Sabah,” kata Peter.
Mengenai Kolej KDM, Peter memaklumkan Parti Warisan meletakkan isu itu sebagai agenda penting dengan memastikan kolej berkenaan mempunyai Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Sosial.
“Fakulti itu mengendalikan pengajian bahasa pelbagai etnik Sabah, Sejarah Sabah termasuk Perjanjian Malaysia 1963, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Bahasa Kadazandusun dan pelatihan guru-guru Tadika pelbagai bahasa etnik,” kata Peter.
Tinjauan kru di Tambunan mendapati wujud Kolej Komuniti yang sementara ini menumpang bangunan di sekitar pekan.
Namun demikian kolej itu tidak menepati ciri Kolej KDM yang dicadangkan, baik dari segi penawaran kursus mahupun dari segi kapasiti operasional.


No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...