Sunday 25 June 2017

Warisan berentap di Liga Bolasepak Komuniti Labuan

Pasukan bolasepak Warisan sertai Liga Komuniti Labuan Julai – Disember


Pasukan bolasepak yang baru dibentuk di sini, Warisan akan menyertai Liga
AKIN @ BENEDIC CHU
Komuniti Labuan yang akan berlangsung lima bulan sepanjang 29 Julai hingga Disember penghujung tahun ini.
Pengurus Pasukan, Akin @ Benedic Chu berkata pasukan yang dibarisi sebahagian besar pemain asal Tenom itu akan mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan sebelum mengemukakan penyertaan paling lewat 18 Julai.
“Kami berharap pasukan Warisan dapat memberikan saingan di sepanjang liga itu demi membangun arena bolasepak di samping menjalin persahabatan dengan para pemain pelbagai pasukan,” kata Akin.
Liga Komuniti Labuan adalah antara kejohanan berprestij di sini yang menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM5,000 bagi johan, RM3,000 (naib johan) dan masing-masing RM1,000 bagi tempat ketiga dan keempat.
Akin berterima kasih kepada pelbagai pihak di Labuan dan Tenom atas sumbangan kewangan yang dihulurkan bagi pembentukan pasukan bolasepak itu dan seterusnya menyertai Liga Komuniti Labuan.
Akin berharap pihaknya dapat menjemput para penyumbang untuk hadir pelancaran pasukan itu demi memberikan sokongan moral dan kata-kata perangsang.
SEBAHAGIAN pemain Warisan Labuan.








No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...