Sunday 4 June 2017

Upko Mandalipau sertai Warisan

Warisan terima penyertaan Upko cawangan Mandalipau

Winnie Sondungan mengemukakan borang keahlian Parti Warisan Sabah kepada Datuk Peter Anthony
PAPAR: Ketua Upko Cawangan Mandalipau bersama ahli-ahlinya hari ini mengisytiharkan keluar dari parti komponen Barisan Nasional (BN) itu untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).
Ketua Cawangan Upko Mandalipau, Winnie Sondungan menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony sekali gus membentuk cawangan Warisan bagi Kg Mandalipau.
“Kami mengemukakan borang keahlian Warisan sebagai langkah susulan menentukan corak kepimpinan Negeri Sabah selepas pilihan raya umum akan datang,” kata Winnie.
Bulan lalu, Ketua Bahagian Upko Kimanis, Tailin Moinan telah membuat pengumuman meninggalkan Upko untuk menyertai Warisan dalam satu pertemuan yang dihadiri Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Mohd. Shafie Apdal di Kg Langkawit di sini.
Dinyatakan dalam pengumuman itu bahawa Upko Bahagian Kimanis terdiri daripada 90 cawangan.
Datuk Peter Anthony bersama bekas ahli-ahli Upko Mandalipau menunjukkan simbol W



No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...