Monday 5 June 2017

Kehadiran Shafie semarak sokongan Warisan Pensiangan

Warisan siap sedia tawan Parlimen Pensiangan, DUN Nabawan, Sook, Tulid pada PRU14

 
Shafie diiringi Peter, Ahuar, Martin dan Mudi menghadiri Kaamatan Warisan Pensiangan di Sook
KEHADIRAN Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ke Parlimen Pensiangan bulan lalu telah menyemarakkan lagi sokongan akar umbi kawasan itu yang turut merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan, Sook dan Tulid (baru).
Pada 6 Mei lalu, Shafie yang diiringi Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony disambut Ketua Penyelaras Warisan Pensiangan, Ahuar Rasam untuk menyempurnakan program Bicara Presiden di Salarom Taka dan Kaamatan Warisan Parlimen Pensiangan di Sook.
Berarak menuju venue Bicara Presiden Warisan di Salarom Taka
Turut menggerakkan program utama peringkat kawasan Parlimen Pensiangan itu ialah Ketua Penyelaras Warisan DUN Sook, Martin Tommy, Ketua Penyelaras Warisan DUN Tulid, Mudi Dubing dan Ketua Penerangan Warisan Pensiangan, Bonepes Been.
Dalam program sehari yang berurutan itu, kalangan pengundi kawasan berkenaan berduyun-duyun menghadiri Bicara Presiden di Salarom Taka, Nabawan dan Kaamatan di Sook, Keningau.
Shafie di Salarom Taka, Pensiangan
Hadirin menyambut kehadiran Shafie selaku pemimpin pembangkang Sabah yang semakin masyhur itu dengan satu tekad dan matlamat iaitu mahu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 menggantikan pemerintahan Umno-BN yang telah mengucar-kacirkan ketenangan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Terdapat beberapa sebab mengapa akar umbi Pensiangan amat mengalu-alukan kehadiran Shafie. Antaranya Warisan meletakkan agenda merekonstruksi tanah dengan menghapuskan 'geran komunal' dan membahagi-bahagikan tanah kepada setiap keluarga.Warisan juga menstrukturkan kembali Yayasan Sabah di mana khidmat sosial yayasan itu dapat diperluaskan ke seluruh pelosok daerah termasuk Pensiangan seperti yang berlaku sebelum ini.Rakyat Pensiangan juga mengalu-alukan agenda Warisan mendirikan kilang-kilang hiliran komoditi sawit, getah dan produk lain di Pensiangan.
Sambutan hangat kalangan pengundi atas kehadiran Shafie ke kawasan itu juga telah dimungkinkan oleh pelbagai program yang telah dijalankan kepimpinan setempat bagi menyambut kedatangan pemimpin utama pembangkang Sabah itu.

Mesyuarat petugas Warisan PDM Sook dipengerusikan Martin Tommy
Beberapa hari sebelum itu, Datuk Peter Anthony yang juga Presiden KDM Malaysia telah mengetuai pelaksanaan program menemui pengundi di Tamu Nabawan di samping perjumpaan petugas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sook yang dipengerusikan Marti Tommy.

Datuk Peter Anthony memperkenalkan logo Warisan di Tamu Nabawan

Sebahagian hadirin Kaamatan Warisan Pensiangan di Sook
Mudi Dubing bersama Datuk Peter Anthony dan Martin Tommy memperkenalkan logo Warisan kepada peniaga di Tamu Nabawan



No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...