Wednesday 7 June 2017

Majlis Berbuka Puasa Warisan Tenom

Datuk Peter Anthony hadir majlis berbuka puasa DUN Kemabong, DUN Melalap

Penggerak Warisan Tenom menunjukkan simbol W selepas mesyuarat
TENOM: Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Parlimen Tenom akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong dan DUN Melalap.
Ketua Penerangan Warisan Tenom, Ukim Buandi berkata Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony yang juga Ketua Penyelaras Warisan Tenom akan menjadi tetamu kehormat bagi kedua-dua majlis itu.
“Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di majlis bersama itu yang diadakan sempena Ramadan,” kata Ukim ketika mempengerusikan mesyuarat persiapan majlis itu di pejabat Warisan Tenom kelmarin.
Ukim Buandi mempengerusikan persiapan majlis berbuka puasa Warisan Tenom
Ukim yang juga Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lagud dan PDM Melalap berkata penglibatan pelbagai kaum dan agama dalam apa juga sambutan sudah sinonim dengan kehidupan bermasyarakat di Sabah.
Menurut Ukim, bagi DUN Kemabong, majlis itu akan diadakan di Kg Angan-Angan manakala dalam DUN Melalap, majlis sama diadakan di Kg Karangan Baru.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Setiausaha Warisan Parlimen Tenom, Jack Jatil Junggok, Penyelaras Warisan DUN Melalap, Nossil Basayu dan Penyelaras DUN Kemabong, Donneysius Ansuku.
Bagi pihak Datuk Peter Anthony menyampaikan sumbangan takziah di Kg Kasiai Melalap (gambar atas dan bawah)

No comments:

Post a Comment

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...