Cukuplah Najib bohongi kita tubuh Kolej KDM, kata Datuk Peter Anthony
KOTA
KINABALU: Dengan tempoh PRU14 tidak sampai setahun dari sekarang, rakyat Sabah
khususnya orang-orang Kadazan Dusun Murut (KDM) tidak boleh lagi berharap
kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan pengujudan Kolej KDM di
Tambunan.
“Majlis
pecah tanah dan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 8 Ogos 2012
untuk mewujudkan cadangan penubuhan Kolej KDM di Tambunan telah menjadi bukti
konkrit betapa BN tidak bersungguh-sungguh membantu masyarakat KDM,” kata
Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony.
DATUK PETER ANTHONY |
Peter
yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah bertanya, sampai bila masyarakat
KDM harus berharap dengan janji-janji BN? Cukuplah dengan segala pembohongan BN
selama ini.
“Kita
sudah dibohongi dengan RCI pemberian dokumen kepada warga asing di Sabah, kita
juga sudah dibohongi kononnya GST tidak menyebabkan kenaikan harga
barang-barang,” kata Peter.
Sekarang
ini kata Peter, rakyat Sabah sedang dibohongi dengan pengecualian dasar kabotaj
dan pembatalan cukai GST bagi sejumlah barangan.
“Bolehkah
kita percaya, kerajaan BN akan menepati janji kekal pengecualian dasar kabotaj?
Kekal pembatalan cukai GST bagi sejumlah barangan selepas PRU14?,” ujar Peter.
Menurut
Peter, Parti Warisan Sabah mempunyai mekanisme untuk mengatasi pembohongan RCI
dengan memperkenalkan Kad Pengenalan Rakyat Sabah.
“Warisan
juga menyokong pembatalan atau kajian semula GST dan mengekalkan pengecualian
dasar kabotaj bagi Sabah dan Sarawak,” kata Peter.
Mengenai
Kolej KDM, Peter yakin Parti Warisan Sabah mampu meneruskan impian itu di bawah
dasar baharu mandat rakyat Sabah memperkenalkan Kementerian Pelajaran Sabah dan
penubuhan Universiti Sabah.
“Warisan
memiliki sekumpulan panel akademik yang telah merumuskan kaedah pengujudan
Kementerian Pelajaran Sabah dan penubuhan Universiti Sabah tanpa membawa
implikasi besar terhadap kedudukan kewangan Negeri Sabah,” kata Peter.
Mengenai
Kolej KDM, Peter memaklumkan Parti Warisan meletakkan isu itu sebagai agenda
penting dengan memastikan kolej berkenaan mempunyai Fakulti Pendidikan, Bahasa
dan Sosial.
“Fakulti
itu mengendalikan pengajian bahasa pelbagai etnik Sabah, Sejarah Sabah termasuk
Perjanjian Malaysia 1963, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Bahasa Kadazandusun
dan pelatihan guru-guru Tadika pelbagai bahasa etnik,” kata Peter.
Tinjauan
kru di Tambunan mendapati wujud Kolej Komuniti yang sementara ini menumpang
bangunan di sekitar pekan.
Namun
demikian kolej itu tidak menepati ciri Kolej KDM yang dicadangkan, baik dari
segi penawaran kursus mahupun dari segi kapasiti operasional.
No comments:
Post a Comment