Warisan hulur simpati kepada mangsa kebakaran di Pamaluyan
Jack menyampaikan sumbangan Datuk Peter Anthony kepada Yanah. Turut serta Donneysius, Ukim dan Nossil |
Parti
Warisan Sabah (Warisan) Kawasan Parlimen Tenom yang diselaraskan Naib Presiden,
Datuk Peter Anthony turut menziarahi mangsa kebakaran rumah di Kg Pamaluyan,
Kemabong minggu lalu.
Rombongan
dari pejabat parti Warisan Tenom melibatkan Setiausaha Penyelaras, Jack Jatil
Junggok, Ketua Penerangan, Ukim Buandi, Penyelaras DUN Melalap, Nossil Basayu
dan Penyelaras DUN Kemabong, Donneysius Ansuku menghulurkan sumbangan kepada
pemilik rumah, Yanah Ambalau.
Dalam
kejadian pagi itu, dua orang melibatkan gadis berumur 20 tahun dan kanak-kanak
tiga tahun renting dalam kebakaran umah Program Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT).
Kebakaran rumah di Pamaluyan, Kemabong mengorbankan dua mangsa, gadis dan kanak-kanak. |
Dua
mangsa itu ditemui pasukan bomba di ruang tamu rumah terbabit selepas api
dipadamkan.
Jurucakap
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima
panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.08 pagi.
"Dua
jentera bersama 16 anggota kemudian tiba di lokasi yang jaraknya 30 kilometer
Balai Bomba Tenom pada jam 8.39 pagi.
"Pihak
bomba kemudian mengawal kebakaran pada jam 9 pagi dan hasil pemeriksaan
mendapati ada mangsa rentung di ruang tamu rumah terbabit," katanya ketika
dihubungi, hari ini.
Katanya,
punca kebakaran dan nilai kerugian akibat kejadian itu kini masih lagi dalam
siasatan.
Difahamkan
gadis berkenaan sedang menuntut di sebuah kolej di ibu negeri, telah bertunang
dan bakal melangsungkan perkahwinan.
Manakala
kanak-kanak berkenaan, anak buah kepada gadis itu tinggal bersama mereka kerana
kedua ibu bapanya bekerja di Malaya.
Gadis yang terkorban dalam kebakaran. |
Kanak-kanak yang turut terkorban |
No comments:
Post a Comment