Pasukan bolasepak Warisan sertai Liga Komuniti Labuan Julai – Disember
Pasukan
bolasepak yang baru dibentuk di sini, Warisan akan menyertai Liga
AKIN @ BENEDIC CHU |
Pengurus
Pasukan, Akin @ Benedic Chu berkata pasukan yang dibarisi sebahagian besar
pemain asal Tenom itu akan mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan
sebelum mengemukakan penyertaan paling lewat 18 Julai.
“Kami
berharap pasukan Warisan dapat memberikan saingan di sepanjang liga itu demi
membangun arena bolasepak di samping menjalin persahabatan dengan para pemain
pelbagai pasukan,” kata Akin.
Liga
Komuniti Labuan adalah antara kejohanan berprestij di sini yang menawarkan
hadiah lumayan berjumlah RM5,000 bagi johan, RM3,000 (naib johan) dan
masing-masing RM1,000 bagi tempat ketiga dan keempat.
Akin
berterima kasih kepada pelbagai pihak di Labuan dan Tenom atas sumbangan
kewangan yang dihulurkan bagi pembentukan pasukan bolasepak itu dan seterusnya
menyertai Liga Komuniti Labuan.
Akin
berharap pihaknya dapat menjemput para penyumbang untuk hadir pelancaran
pasukan itu demi memberikan sokongan moral dan kata-kata perangsang.
SEBAHAGIAN pemain Warisan Labuan. |
No comments:
Post a Comment