Saturday 29 July 2017

PRU14 masa untuk Labuan kembali sokong parti Sabah: Warisan

Warisan mampu kembalikan kegemilangan Labuan era awal 80-an

Junz bersama penaja penyelaras Warisan Labuan

LABUAN: Penduduk Labuan boleh menikmati zaman kegemilangan era awal 1980-an dengan memilih Parti Warisan Sabah yang berpusat dari Sabah.

Naib Presiden Warisan, Junz Wong berkata sentimen orang Sabah sekarang ialah menyokong Warisan dan inilah masanya bagi penduduk Labuan mengembalikan sokongan kepada parti berasaskan Sabah kerana jelas mereka tetap merasakan sebagai orang Sabah.

“Labuan pernah melalui zaman kegemilangan industri Sabah Shipyard, Sabah Gas Industries dan kegemilangan itu boleh dikembalikan dengan memberi sokongan kepada Warisan yang memiliki perancangan memperbanyakkan lagi pelaburan di Labuan,” kata Junz.

Junz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas berkata demikian ketika menemui ahli jawatankuasa penaja penyelaras Parti Warisan Sabah Labuan di sini pada Sabtu.

Junz menegaskan terdapat rasional yang cukup untuk Warisan meletakkan calon di kawasan Parlimen Labuan pada pilihan raya umum akan datang jikalau penduduk Labuan sokong sama Warisan.

Menurut Junz, penduduk Labuan tetap merasakan sebagai orang Sabah dan jika penduduk Labuan mempunyai Ahli Parlimen dari Parti Warisan banyak perkara boleh dikendalikan hanya di Kota Kinabalu dan tidak perlu merujuk Putrajaya yang jauh di Malaya.

Hadir menemui Junz ialah Salim Abd Rahman, George Elias, Harold Lim dan kira-kira 50 ahli cawangan pertama Warisan Labuan.

Dalam pertemuan itu, Junz diberitahu bahawa penduduk Labuan berhadapan masalah kekurangan peluang pekerjaan dan perniagaan ekoran kejatuhan industri minyak dan gas.

Maka ahli-ahli Warisan Labuan berharap perancangan Warisan untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan program latihan kemahiran di Sabah dapat diperluaskan ke Labuan.

Junz temui penyokong Warisan Labuan rangka program

1 comment:

  1. LuckyClub Casino site, profile and registration - Lucky Club
    LuckyClub Casino is the online and mobile gambling luckyclub and betting site established in 2012. The site was founded in 2012 by a group of talented players.

    ReplyDelete

Tutup IPG ganti kolej vokasional tidak bijak, kata Junz Wong

Kenapa beri keutamaan kepada Kolej Vokasional dan korbankan Institut Pendidikan Guru (IPG)? JUNZ, PETER dua Naib Presiden Warisan S...